Pakatan sulit AS-Israel: Amaran Iran buat UAE

- Advertisement -

TEHRAN: Kementerian Luar Iran mengutuk kerjasama Abu Dhabi dengan AS dan rejim Israel terhadap Tehran, memberi amaran bahawa tindakan sedemikian mengancam keamanan dan kestabilan serantau sambil menggesa Emeriah Arab Bersatu (UAE) untuk mematuhi prinsip kejiranan yang baik.

- Advertisement -

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada malam Selasa, Kementerian Luar Negeri Iran mengutuk tindakan pemerintah Abu Dhabi yang berpakat dengan pihak bermusuhan terhadap Iran; termasuk terus menjadi tuan rumah pangkalan dan peralatan tentera.

Sehubungan itu, Iran memberi amaran tentang akibat berbahaya situasi ini terhadap keamanan dan kestabilan serantau.

Sepanjang dua hari yang lalu, ujar kenyataan kerajaan Iran, serentak dengan peningkatan tindakan yang menyalahi undang-undang dan provokatif oleh pasukan tentera pengganas AS di rantau tentera dan gerakan tentera laut mereka di bawah topeng operasi ‘kemanusiaan’ yang palsu, pihak berkuasa Abu Dhabi dilihat telah menunjukkan kerjasama yang ketara dengan pihak AS.

“Washington juga dilihat agresif dan menimbulkan ancaman kepada keselamatan dan kepentingan Iran; satu pendekatan yang bertentangan dengan prinsip kejiranan yang baik dan melanggar prinsip asas Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” tegas kenyataan itu.

Walau bagaimanapun, Republik Islam Iran, yang mengambil pendekatan yang bertanggungjawab dan menghormati kebajikan kolektif rantau ini dan ummah Islam serantau, telah mengamalkan kawalan diri yang maksimum, tambahnya.

Kenyataan tersebut juga menegaskan bahawa Kementerian Luar Neger Iran, sambil menolak dakwaan tidak berasas Abu Dhabi mengenai pelancaran peluru berpandu dan dron dari Iran ke arah UAE, menjelaskan bahawa langkah-langkah pertahanan Angkatan Tentera Republik Islam Iran pada peringkat ini telah bertujuan semata-mata untuk menangkis pencerobohan Amerika.

“Menekankan komitmen Iran terhadap prinsip-prinsip Piagam PBB, peraturan asas undang-undang antarabangsa, dan prinsip kejiranan yang baik dalam hubungan dengan semua negara serantau, Kementerian Luar Negeri Iean dengan tegas menyeru Abu Dhabi untuk menahan diri daripada terus bersubahat dan bekerjasama dengan pihak-pihak yang bermusuhan (AS dan rejim Zionis) dalam melakukan tindakan terhadap Iran yang tidak selaras dengan undang-undang antarabangsa,” kata kenyataan itu.

Kementerian itu juga menyatakan jelas bahawa Republik Islam Iran tidak akan mengecualikan langkah yang perlu dan sesuai untuk mempertahankan kepentingan dan keselamatan negaranya. – HARAKAHDAILY 6/5/2026

- Advertisement -