Iran kecam ‘lanun’ AS, ikrar akan bertindak balas

- Advertisement -

TEHRAN: Iran mengutuk rampasan kapal kargo berbendera Iran oleh Amerika Syarikat (AS) di Selat Hormuz sebagai satu tindakan ‘lanun bersenjata’ dan berikrar untuk membalas dendam.

- Advertisement -

Serangan rampasan itu, lapor Al Jazeera berlaku beberapa jam selepas Presiden AS, Donald Trump mengumumkan bahawa beliau akan menghantar pasukannya ke Islamabad, Pakistan untuk kemungkinan perbincangan dengan Iran, sumber Iran mengatakan Tehran tidak akan muncul untuk rundingan melainkan AS menarik balik sekatannya di Selat Hormuz.

Sementara Fars News Agency melaporkan kenyataan Markas Pusat Khatam al-Anbiya bahawa tentera AS telah menyasarkan kapal berkenaan, melumpuhkan sistem navigasi dan kemudian menaikinya dalam insiden yang didakwa sebagai pencabulan gencatan senjata.

Jurucakap tentera Iran, Ebrahim Zolfaghari, berkata tentera AS melepaskan tembakan ke arah kapal itu sebelum menaikinya.

“Amerika Syarikat yang bertindak agresif dengan melanggar gencatan senjata dan melakukan lanun maritim, telah menyerang sebuah kapal Iran selepas melumpuhkan sistem navigasinya.

“Kami memberi amaran bahawa angkatan tentera Iran akan segera bertindak balas dan membalas perbuatan lanun bersenjata oleh tentera AS ini,” katanya.

Sementara , Reuters pada Isnin melaporkan lebih 20 kapal melepasi Selat Hormuz sepanjang Sabtu lalu, merujuk kepada data daripada firma analisis perkapalan Kpler, jumlah kapal tertinggi yang melintasi laluan air itu sejak 1 Mac 2026.

Antara kapal yang berjaya melepasi pada tersebut, lima daripadanya merupakan kargo terakhir yang dimuatkan dari Iran, terdiri daripada produk minyak hingga logam.

Tiga daripadanya adalah pembawa gas petroleum cecair dengan setiap satu menuju ke China dan India.

Sebuah lagi ialah kapal tangki Crave berbendera Panama, yang membawa LPG dari Emiriah Arab Bersatu, sedang menuju ke Indonesia.

Dalam pada itu, dua daripada tiga kapal tangki, iaitu Akti A dan Athina yang membawa produk halus yang dimuatkan dari Bahrain masing-masing menuju ke Mozambique dan Thailand.

Kapal tangki berbendera Liberia Navig8 Macallister pula sedang menghantar kira-kira 500,000 tong nafta Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Ulsan di Korea Selatan.

Sementara kapal pengangkut minyak mentah berskala besar (VLCC) Liberia, Fpmc C Lord yang kira-kira dua juta tong minyak mentah Saudi dan menuju ke pelabuhan Mailiao di Taiwan.

Kapal Desh Garima berbendera India yang sarat dengan kira-kira 780,000 tong minyak mentah, Das UAE pula sedang menuju ke Sri Lanka, manakala kapal Ruby yang membawa baja Qatar sedang menuju ke UAE.

Sebuah lagi ialah kapal pengangkut pukal Merry M membawa kok petroleum yang sarat dari Arab Saudi ke Ravenna.

Terdahulu pada Ahad, Trump, mendakwa AS telah memintas sebuah kapal kargo berbendera Iran.

“Hari ini, sebuah kapal kargo berbendera Iran bernama TOUSKA… cuba melepasi sekatan laut kami, dan ia tidak berjalan lancar untuk mereka,” kata Trump menerusi platform Truth Social.

Beliau juga menyatakan, kapal tersebut telah mengabaikan amaran AS supaya berhenti, sambil mendakwa sebuah kapal tentera laut AS menghentikan pergerakan kapal berkenaan serta-merta dengan menyerang bilik enjin. – HARAKAHDAILY 20/4/2026

- Advertisement -