ADUN Batu Rakit terharu 5,000 kunjungi rumah terbuka

Ustaz Mohd Shafizi Ismail menyantuni para pengunjung Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Batu Rakit 2026, malam tadi.
- Advertisement -

SETIU: Ahli Dewan Undangan Negeri, (ADUN) Ustaz Mohd Shafizi Ismail melahirkan rasa terharu dengan sambutan luar biasa para pengunjung pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN itu, malam tadi.

- Advertisement -

“Alhamdulillah, Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Batu Rakit 2026 telah berlangsung dengan jayanya dengan izin Allah SWT.

“Saya amat terharu dengan sambutan luar biasa apabila lebih 5,000 pengunjung hadir dari seluruh Batu Rakit dan sekitarnya, sekali gus memeriahkan suasana Aidilfitri pada tahun ini,” ujarnya menerusi catatan di laman sosialnya, hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pimpinan, pegawai dan penghulu kerana sudi hadir ke majlis yang diadakan Dataran Dewan PUTIBAR, Kampung Darat Batu Rakit itu.

Beliau yang juga Pengerusi MTD DUN Batu Rakit turut memohon maaf kepada semua pengunjung di atas kekurangan yang berlaku sepanjang sambutan itu.

“Dengan rendah hati memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang majlis, termasuk kekangan tempat duduk, kesesakan lalu lintas atau kesulitan lain yang di luar jangkaan,” ujarnya.

Namun di sebalik itu, tambahnya terserlah nilai sebenar iaitu semangat kebersamaan, kasih sayang dan ukhuwah erat antara pimpinan dan rakyat. – HARAKAHDAILY 11/4/2026

Para petugas membakar ayam golek untuk dihidangkan kepada hadirin Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Batu Rakit 2026.
- Advertisement -