
BEIRUT: Lubnan mengisytiharkan hari berkabung susulan gelombang serangan Israel yang mengorbankan sekurang-kurangnya 254 penduduk, mencederakan lebih 1,165 orang dalam tempoh 24 jam pada Rabu, 8 April 2026 ketika Perdana Menteri Lubnan, Nawaf Salam mengatakan sedang menggerakkan ‘semua sumber politik dan diplomatik Lubnan untuk menghentikan mesin pembunuh Israel’.
Pada lewat Rabu, pesawat perang Israel menyerang kawasan menyasarkan kawasan padat penduduk di selatan Beirut termasuk Beirut, selatan Lubnan dan Lembah Bekaa dengan letupan kedengaran di seluruh ibu kota.
Tentera Israel dilaporkan Anadolu Agency sebagai berkata bahawa kira-kira 50 jet negara haram itu mengambil bahagian dalam operasi berskala besar yang menyasarkan Beirut, Lembah Bekaa dan selatan Lubnan di bawah apa yang dilabelkan sebagai Operation Eternal Darkness (Operasi Kegelapan Abadi).
Kenyataan itu mendakwa hampir 100 sasaran telah diserang dengan kira-kira 160 peluru dalam masa 10 minit.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Lubnan berkata jumlah kematian keseluruhan akibat serangan terbaharu Israel ke atas Lubnan sejak 2 Mac 2026 telah meningkat kepada 1,739 dengan 5,873 yang lain cedera.
Menteri Kesihatan Lubnan, Rakan Nassereddine sehubungan itu merayu bantuan antarabangsa ketika sistem kesihatan berusaha untuk merawat korban awam yang besar-besaran akibat hari serangan oleh Israel.
Israel telah melakukan serangan udara dan serangan darat di selatan Lubnan sejak pada 2 Mac, meskipun gencatan senjata telah berkuat kuasa pada November 2024.
Serangan itu berlaku walaupun perjanjian gencatan senjata AS-Iran diumumkan pada hari Rabu.
Walaupun pegawai Iran dan Pakistan mengatakan perjanjian itu juga meliputi Lubnan, Israel menegaskan bahawa Lubnan bukan sebahagian daripada gencatan senjata.
Terdahulu, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi menegasjan kan bahawa syarat AS-Iran adalah jelas”mengenai Lubnan, dan Washington mesti memilih antara ‘gencatan senjata atau perang berterusan melalui Israel dan tidak boleh mempunyai kedua-duanya’. – HARAKAHDAILY 9/4/2026











