Topeng ‘keamanan’ Barat: Diplomasi di hujung senjata

- Advertisement -

DUNIA hari ini sedang menyaksikan satu lagi lakonan besar dalam sejarah diplomasi moden.

Donald Trump, dalam kenyataan terbarunya, menggambarkan detik ini sebagai ‘perubahan rejim secara menyeluruh’ demi menyelamatkan sebuah tamadun.

Syaitan ini menjanjikan masa depan yang lebih ‘bijak’ bagi rakyat Iran, namun dalam nafas yang sama, dia memberi amaran keras:

- Advertisement -

A whole civilization will die tonight, never to be brought back again.

“Sebuah tamadun besar akan diratakan dan musnah malam ini, ia tidak akan kembali semula.”

Inilah wajah sebenar ‘keamanan’ mengikut telunjuk Barat: Mereka datang menawarkan ‘kebebasan’ dengan tangan kanan, sementara tangan kiri mereka sudah sedia menekan picu bom!

Maju material: Mundur kemanusiaan

Seperti yang pernah ditegaskan oleh Sayyid Qutb (رحمه الله), kemajuan material tidak menjamin kematangan nilai kemanusiaan:

يبدو الأمريكي – على الرغم من العلم المتقدم والعمل المتقن – بدائيا في نظريته إلى الحياة، ومقوماتها الإنسانية الأخرى بشكل يدعو إلى الدهشة.

Beliau menegaskan bahawa masyarakat Amerika, walaupun maju dari sudut ilmu dan teknologi, masih boleh bersifat ‘primitif’ dalam memahami nilai kehidupan dan kemanusiaan.

Hakikat ini menjelaskan mengapa wacana ‘keamanan’ yang dilaungkan Barat sering kali tidak lebih daripada alat politik yang menutup realiti penindasan dan kekerasan.

Retorik ‘keamanan’ dan ‘pembaikan’ ini hanyalah bungkus luar kepada kerosakan yang nyata, persis amaran Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 11-12:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ قَالُوٓا۟ إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ ١١

“Dan apabila dikatakan kepada mereka: ‘Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi’, mereka menjawab: ‘Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan’.”

أَلَآ إِنَّهُمْ هُمُ ٱلْمُفْسِدُونَ وَلَـٰكِن لَّا يَشْعُرُونَ ١٢

“Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.”

Realiti berdarah di sebalik naratif ‘damai’

Di sebalik istilah murni seperti Regime Change, fakta di lapangan menceritakan hakikat yang jauh lebih gelap. Ini bukan peperangan demi demokrasi, tetapi serangan melulu terhadap kemanusiaan.

Cukup dua bukti ini:

1. Seramai 245 pelajar dan 58 kakitangan pendidikan telah terkorban (disembelih!). Serangan ke atas Sekolah Rendah Minab yang meragut 165 nyawa (majoritinya murid perempuan). Ini membuktikan bahawa sasaran mereka adalah akar umbi tamadun, bukan sekadar ketenteraan.

2. Kekejaman tidak mengenal agama dan mangsa. Homayoun Sameh Yah Najafabadi, wakil masyarakat Yahudi di Parlimen Iran, mendedahkan bahawa serangan rejim Israel telah meruntuhkan sinagog lama dan menimbus naskhah kitab Taurat di bawah runtuhan.

Ini membuktikan satu hipokrasi global. Pihak yang mempertahankan kedaulatan dilabel ‘radikal’, manakala pihak yang membedil sekolah dan rumah ibadat diangkat sebagai ‘pembawa keamanan’.

10 syarat Iran: Antara maruah dan keadilan

Trump telah menetapkan tarikh akhir (deadline) sehingga Rabu, jam 8:30 pagi waktu Malaysia sebelum beliau melaksanakan ancaman untuk ‘meratakan Iran’.

Sebagai tindak balas, Iran melalui Pakistan telah mengemukakan 10 cadangan balas yang menuntut keadilan hakiki, bukan sekadar penyerahan kalah:

1. Penamatan perang kekal: Menolak gencatan senjata sementara yang sering digunakan musuh untuk menyusun semula strategi.

2. Jaminan keselamatan: Menuntut jaminan rasmi bahawa Iran tidak akan diserang lagi pada masa hadapan.

3. Hentikan serangan di Lubnan: Rejim Israel mesti menghentikan serta-merta pencerobohan terhadap Hezbollah.

4. Kestabilan serantau: Pengakhiran kepada semua serangan di Timur Tengah, bukan hanya yang melibatkan Iran.

5. Penarikan sekatan ekonomi: Pembatalan sepenuhnya semua sekatan oleh AS dan antarabangsa yang mencekik rakyat.

6. Pembukaan Selat Hormuz: Sebagai timbal balik, Iran akan membuka semula laluan strategik ini kepada dunia.

7. Protokol laluan selamat: Mewujudkan sistem keselamatan rasmi bagi kapal yang melalui Selat Hormuz.

8. Yuran transit: Mengenakan bayaran transit sekitar USD 2 juta bagi setiap kapal yang melalui laluan tersebut.

9. Perkongsian hasil: Hasil bayaran transit tersebut akan dikongsi bersama dengan kerajaan Oman.

10. Ganti rugi pembangunan: Syarat tambahan mewajibkan AS dan Israel membiayai semula infrastruktur yang telah mereka musnahkan.

Bangkitlah dari mimpi palsu

Ketegangan ini mendedahkan perbezaan ketara antara dua versi ‘keamanan’.

Keamanan versi Barat: Keamanan melalui penyerahan mutlak dan tunduk kepada hegemoni mereka. Manakala keamanan yang adil: Keamanan itu melalui kedaulatan, maruah, dan tanggungjawab atas kemusnahan yang dilakukan.

Umat Islam dan para pemimpinnya perlu keluar daripada ‘mimpi palsu’ diplomasi dan hegemoni Barat. Keamanan tanpa keadilan hanyalah penjajahan bentuk baharu!

ZULHILMI AZIZ ABDUL HANNAN – HARAKAHDAILY 8/4/2026

“Ya Allah, selamatkanlah umat Islam di Iran, Palestin, Lubnan, dan di seluruh pelosok dunia daripada kezaliman musuh yang nyata mahupun tersembunyi. Ya Allah, kurniakanlah kekuatan dan keberanian kepada pemimpin-pemimpin kami untuk berdiri teguh membela agama dan umat, bukan tunduk kepada tekanan dan janji manis yang menipu. Sedarkanlah mereka daripada mimpi palsu yang membinasakan. Satukanlah hati-hati kami di atas jalan kebenaran. Amin Ya Rabbal Alamin.”

Bacaan tambahan:

[1] Amerika allati Raaytu: Fī Mīzān al-Qiyam al-Insāniyyah, Sayyid Qutb
https://ar.wikisource.org/wiki/%D9%85%D8%AC%D9%84%D8%A9%D8%A7%D9%84%D8%B1%D8%B3%D8%A7%D9%84%D8%A9/%D8%A7%D9%84%D8%B9%D8%AF%D8%AF959/%D8%A3%D9%85%D8%B1%D9%8A%D9%83%D8%A7%D8%A7%D9%84%D8%AA%D9%8A%D8%B1%D8%A3%D9%8A%D8%AA:

[2] Iran’s Proposal to End War
https://www.facebook.com/share/p/18ErTDvpZW/

[3] The Epstein Regimes have bombed an Iranian Jewish Synagogue in Central Tehran. Monsters.
https://www.facebook.com/share/r/1KYmqDYRjh/

[4] Al Mayadeen: Since the beginning of the US-Israeli aggression on Iran, 245 students and 58 educational staff members have been killed, the Iranian Ministry of Education said on Sunday.
https://www.facebook.com/share/p/1AwbgejBR3/

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -