Kelantan isytihar Khamis 19 Mac cuti kelepasan am

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan bersetuju mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac ini sebagai Cuti Hari Kelepasan Am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 1447H / 2026M.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, keputusan tersebut dibuat bagi memberi laluan kepada persiapan rakyat menyambut hari lebaran di samping mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Menurutnya, cuti berkenaan jatuh pada 29 Ramadan 1447H bersamaan 19 Mac 2026.

“Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju untuk menjadikan hari Khamis, 29 Ramadan 1447H bersamaan 19 Mac 2026 sebagai Cuti Hari Kelepasan Am bagi seluruh negeri Kelantan sempena Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M.

“Langkah ini bagi memberi laluan kepada persiapan menyambut hari lebaran serta membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut berharap cuti berkenaan dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Tambahnya, peluang tersebut wajar digunakan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menikmati suasana Aidilfitri bersama insan tersayang.

“Semoga cuti hari kelepasan am ini menjadi peluang berharga untuk dimanfaatkan bersama keluarga tercinta,” ujarnya.

Pada masa sama beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Kelantan serta memohon maaf zahir dan batin.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/3/2026

- Advertisement -