
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Saya dengan penuh rasa dukacita dan kesedihan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat Republik Islam Iran, khususnya kepada keluarga dan para sahabat Pemimpin Tertinggi Iran Almarhum Ayatollah Ali Khamenei, atas pemergian beliau yang amat menyayat hati.
Sesungguhnya, dunia Islam telah kehilangan seorang pemimpin yang berpengaruh, yang sepanjang hayatnya telah berjuang mempertahankan prinsip, maruah umat, serta kedaulatan negaranya.
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar, bukan sahaja kepada Iran, malah kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.
Saya juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa lain yang turut terkorban dalam tragedi ini. Semoga roh mereka semua dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada serta orang-orang yang beriman.
Dalam saat yang penuh ujian ini, marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesabaran, ketabahan, dan kekuatan kepada keluarga yang ditinggalkan serta seluruh rakyat Iran.
“Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada-Nya kita kembali.”
Al-Fatihah.
TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
Presiden BERSATU – HARAKAHDAILY 2/3/2026











