Dunia mesti bersatu hentikan eskalasi dan tegakkan keadilan

Serangan Israel-AS ke atas Iran

- Advertisement -


SAYA bersama ahli Parlimen Pembangkang merakamkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat Iran yang kehilangan Pemimpin Tertinggi dan Ketua Negara mereka, Ayatollah Khamenei dalam serangan Israel dan Amerika Syarikat.

Pembunuhan pemimpin tertinggi sebuah negara berdaulat berserta kematian ramai masyarakat awam Iran, merupakan kejahatan yang melampaui batas diplomasi dan undang-undang antarabangsa.

- Advertisement -

Tindakan sedemikian bukan sahaja mencetuskan eskalasi ketegangan yang berbahaya di rantau Asia Barat, malah meletakkan keselamatan serantau dan global dalam keadaan genting.

Dalam hal ini, Iran sebagai sebuah negara berdaulat mempunyai sepenuh hak untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyatnya sebagaimana termaktub di bawah Perkara 51 Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Kestabilan global memerlukan usaha bersama. Pencerobohan dan penindasan Israel dan Amerika perlu dihentikan.

Semua pihak, termasuk negara besar dan khususnya negara rantau Teluk perlu segera kembali kepada jalan perdamaian dan rundingan konstruktif demi keamanan bersama.

DATO’ SERI HAMZAH ZAINUDIN
Ketua Pembangkang
1 Mac 2026, Kuala Lumpur – HARAKAHDAILY 1/3/2026

- Advertisement -