Siasat Azam Baki, Farhash bawah Seksyen 36(1)

Buktikan SPRM telus

Muhammad Rafique Rashid Ali
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak untuk bertindak adil dan telus dengan mengenakan notis pengisytiharan harta di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 terhadap Ketua Pesuruhjayanya sendiri, Tan Sri Azam Baki serta bekas pemimpin parti kerajaan, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

- Advertisement -

Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, langkah ini penting bagi membuktikan tiada amalan ‘pilih bulu’ atau ‘dwi-standard’ dalam agensi penguatkuasaan tersebut, terutamanya apabila melibatkan individu berprofil tinggi.

Menurutnya, sebelum ini SPRM dilihat tegas mengeluarkan arahan supaya mereka yang didakwa ‘sakau’, memiliki kekayaan ‘biliyun-biliyun’ (biliatau digelar kroni untuk membuat deklarasi aset, malah kes diteruskan walaupun individu terbabit telah meninggal dunia.

“Maka, oleh kerana Bloomberg dan pelbagai agensi berita serta isu saham RM800,000 membabitkan Azam Baki juga ditanya di Dewan Rakyat, saya rasa untuk selesai isu ini mudah.

“Azam Baki perlu direhatkan sementara. Minta agar pegawai-pegawai SPRM keluarkan notis bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 terhadap beliau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rafique menegaskan, siasatan perlu dilakukan memandangkan terdapat dakwaan bahawa syarikat yang dikaitkan dengan pegangan saham tersebut mempunyai hubungan dengan kontrak pembekalan kad pengenalan dan pasport bernilai RM2.5 bilion.

Justeru, beliau mendesak urus niaga tersebut disiasat secara menyeluruh.

Dalam pada itu, beliau turut menuntut agar notis di bawah seksyen yang sama dikeluarkan kepada Farhash Wafa Salvador serta syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya.

“Rakyat percaya SPRM telus dan ikhlas. Terlampau banyak rekod kehebatan SPRM lakukan siasatan dan tangkapan.

“Lihat sahaja bagaimana urus niaga tokoh-tokoh besar kumpulan agama serta NGO Islam diserbu, ditahan dan dipakaikan baju oren. Tidak lupa juga skandal lombong di Sabah sehingga rumah diserbu dan CCTV dirampas bagi siasatan,” ujarnya.

Tambah beliau, rakyat kini sedang memerhati sama ada janji Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk membanteras rasuah tanpa mengira pangkat adalah benar atau sekadar retorik politik.

“Sesungguhnya kita percaya SPRM akan siasat dengan adil isu ini. Lagipun seperti janji PMX, dia tidak kisah sesiapa sahaja kalau curi, sakau, salah guna kuasa, Tun, Tan Sri atau orang kenamaan semua akan kena.

“Mari kita lihat siapa yang kena,” katanya lagi.

Terdahulu media melaporkan
Azam Baki mempunyai pegangan saham bernilai RM800,000 dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan. – HARAKAHDAILY 11/2/2026

- Advertisement -