
Soalan:
Kalau seorang lelaki mempunyai isteri yang gila adakah halal bagi suaminya menggaulinya selepas suci dari haid dan adakah isterinya itu wajib mandi hadas dan adakah sah mandi orang yang gila?
Jawapan:
Isteri yang gila sama seperti yang isteri siuman iaitu ketika dia haid haram atas suaminya menggaulinya dan jika dia telah suci dari haid maka disyaratkan ke atasnya melakukan mandi, maka jika isteri yang gila mandi hadas nescaya mandinya itu sah sekalipun dia seorang yang gila.
Berkata Syeikh Abdurrahman Al-Jaziri:
الشافعية قالوا: إن من شرائط صحة الوضوء أن يكون المتوضئ مميزاً، فإذا توضأت المجنونة التي لا تمييز عندها، فإنّ وضوءها لا يصح، وهذا ليس شرطاً في الغسل، فلو حاضت واغتسلت، وهي غير مميزة، فإنه يحل لزوجها أن يأتيها
Ertinya: “Ulamak mazhab Syafie berkata: Setengah dari syarat sah wuduk bahawa adalah orang yang hendak berwuduk itu mumayyiz. Maka jika orang perempuan yang gila yang tidak mumayyiz mengambil wuduk maka sungguhnya wuduknya itu tidak sah. Dan ini tidak disyaratkan pada mandi, maka jikalau perempuan yang tidak muamyyiz haid dan dia melakukan mandi maka sungguhnya halal ia bagi suaminya menggaulinya.” (Kitab Al-Fiqh ‘Ala Mazahab Al-Arba’ah)
Wallahua’lam. – HARAKAHDAILY 10/2/2026











