
DALAM Parlimen Ahli Parlimen Jelutong kata dia bangkitkan pasal Masjid kat Jelutong. Terus Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Agama Islam Pulau Pinang lulus peruntukan RM15 juta untuk pembinaan masjid ini.
Bacalah kat ruangan komen. Berbakul bakul makian dia dapat dari kariah masjid kat sana. Siap Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid pun komen.
Ceritanya masjid lama diroboh dan bina masjid baru. Duit guna kutipan dari kariah kat situ, campur dana dari Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
Bagi yang tak tahu, Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam beza tahu. Jabatan bawah kerajaan negeri. Majlis bawah Sultan atau Raja atau Yang Dipertua Negeri.
Apalah punya DAP, mudah saja kerja ya. Main claim semua benda hasil usaha Kerajaan Negeri. Memalukan!
Salam hormat,
IR TS DR NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 2/2/2026
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.
Rujukan:
1. https://www.facebook.com/share/r/1WbMphzRSq/











