Kepemimpinan PAS minda Liqa Fikri ummah

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS), mempunyai barisan kepimpinan yang perlihat tokoh berilmu baik ulama mahupun profesional dan teknokrat. Mereka sumber menjana minda dan pendidikan dalam siri-siri usrah, kuliah, liqa fikri, muktamar, munaqasah dan setiap program serta mesyuarat saban waktu bukan bermusim dan berjeda mengikut tema atau waktu seperti mesyuarat agung parti hanya untuk meraih laba politik bukan pengisian ilmu membina insan dan negara bangsa.

- Advertisement -

Meskipun PAS digambarkan sebagai parti kampung yang sinonim ‘lebai’,namun di lapangan PAS jauh efisien dan beradab dari aspek kualiti ucapan dan minda konstruktif bukan retorik dan emosi. PAS membina jemaah dengan keahlian jutaan bukan hanya membayar yuran tahunan tetapi menyumbang kepada parti untuk program meraikan jemaah dan umat.

Sementara parti lain menjana kebendaan dalam projek dan pengurusan sumber tetapi PAS bukan sahaja sebuah parti bersaing dalam demokrasi sejauhnya fokus dalam pendidikan apabila wujud ribuan pusat asuhan, sekolah rendah dan menengah hingga kolej dan universiti kelolaan parti. Selain itu, PAS mempunyai ribuan anggota Unit Amal, ribuan ahli kelab bermotor, pasukan bantuan PASRelief melaksana kerja amal merentas benua, ribuan alim-ulama dan ahli agama berinduk menjalankan dakwah di seluruh negara malahan sistem takaful diwujudkan untuk menjaga kebajikan ahlinya.

Signifikan PAS atas prinsip ilmu dan amal menjadi teras dan wadah perjuangan bukan bajet dan dana kerajaan dalam melestarikan gerakan PAS. Penerapan ilmu dan nilai agama menjadikan akar jati diri terutama sifat taat setia atau ‘wala’, bebas korupsi dan pecah amanah serta integriti tinggi kerana pertimbangan dosa pahala atas perhitungan tindakan dan amalan. Dalam hal ini apapun kendala dan cabaran dikelola berhemah kerana kekuatan dan semangat juangnya bukan pada kebendaan tetapi ajaran tauhid yang menuntut keadilan dalam pemerintahan.

Kepimpinan PAS mempunyai pemikiran yang jelas berpandukan syariat, dasar dan perjuangan yang terfokus. PAS tidak melihat UMNO sebagai musuh, UMNO tidak perlu dibubar atau hilang dari persaingan kuasa dalam demokrasi. Pendirian pemimpin PAS agar orang Melayu istiqamah akar nusa dan matang serta tidak sombong meskipun kekuatan PAS suatu rekod massa dari segi jumlah kerusi ahli parlimen. Sebagai orang yang sedar kekuatan ummah atas ukhwah menjadi sunnah PAS berkali kali menghulur tangan apabila UMNO rebah dan hampir tersungkur.

Selayaknya PAS memijak UMNO tetapi sejarah dibaca pada tahun 1970 (selepas PRU 1969 dan peristiwa 13 Mei) PAS bersama-sama membantu penubuhan Barisan Nasional (BN). Manakala usai PRU ke-14 tahun 2019 UMNO hilang tampuk kuasa tetapi PAS membantu UMNO melalui Muafakat Nasional (MN).

Dalam pilihan raya kecil calon UMNO dan BN menang semua kerusi ditandingi dan kembali berada di Putrajaya. PAS juga memberi ruang UMNO menjadi Perdana Menteri tetapi pasca-PRU 15 dan sebelumnya, iaitu awal Ogos dan September 2020 presiden UMNO membuat pakatan sulit dengan DAP dan Dato’ Sri Anwar Ibrahim. Ini permulaan UMNO khianat pada PAS kerana memilih DAP dan Dato’ Sri Anwar menjadi kerajaan.

Meskipun menikam PAS tetap membuka pintu damai kepada UMNO dalam MN demi menjaga survival bangsa dan agama. Inilah perbezaan cara politik PAS dan UMNO yang perlihat pimpinan PAS lebih utama persaudaraan atas iman tauhid disertai alim ulamak meskipun ditekan, ditindas, dihina langsung tidak menjadikan PAS berang, dendam,emosi dan hilang pertimbangan.

Massa perlihat UMNO kearah penolakan rakyat kerana kerjasama dengan DAP bermakna UMNO secara tersirat telah menyokong gagasaan “Malaysian Malaysia” oleh DAP. Jalan pulang UMNO makin sempit terutama waktu hampir PRU-16 tetapi PAS terus maju dengan iltizam bahawa PAS akan menggantikan UMNO dalam radar penerimaan orang Melayu dan Islam di Malaysia.

Oleh itu, gerakan bibit gelombang penolakan pada UMNO bukan omong kosong kerana PAS telah bersedia menukah tampuk di Putrajaya. Apalagi masyarakat bukan Islam yang tidak cauvanis dan keterlaluan kaum serta memahami nilai-nilai Islam telah tampil dalam perjuangan yang memilih kedamaian bukan kesombongan kerana status dan kuasa.

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio @ Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 19/1/2026

- Advertisement -