
SEMALAM Sultan Selangor ada bertitah menyatakan dukacita baginda mengenai perancangan Kerajaan Selangor nak membenarkan penternakan babi berskala besar di Kuala Langat sebelum pindah ke Bukit Tagar Hulu Selangor.
Ini kali ketiga Sultan Selangor tegur Kerajaan Selangor. Hari itu pasal banjir kemudian sampah. Kali ini pasal babi. Negeri paling maju, paling kaya, tapi malangnya dapat kat tangan mereka yang tak reti mentadbir, inilah hasilnya.
Tiga hari lepas Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Ir Izham Hashim dari Parti PAN (Parti pak turut DAP) buat kenyataan media perancangan Kerajaan Negeri Selangor yang nak pindahkan semua ladang babi ke Kuala Langat pindah ke Bukit Tagar Hulu Selangor pada tahun 2030.
Cadangan ni mendapat reaksi Sultan Selangor yang murka dan dukacita terhadap cadangan ni. Lagi menarik Sultan Selangor cadangkan supaya wakil rakyat Selangor pergi tinggal dekat kawasan yang dicadangkan buat ladang babi itu supaya dapat merasa kesusahan rakyat.
Memang padu beb cadangan Tuanku Sultan ni. Aku setuju Menteri Besar Selangor dan Exco dia pindah duduk sebulan dekat kawasan ladang babi itu. Guna air dari sungai dekat sekitar situ. Pagi-pagi hirup udara bau tahi babi. Baru ada akal.
Ini masalahnya bila pemimpin negeri terlalu eksklusif dan tak faham denyut nadi rakyat.
Ada pula idea nak pindahkan semua ke satu kawasan supaya boleh pantau. Eh nak pindah-pindah apa pasal? Dekat Kuala Langat saja ke ada Majlis Daerah dan Penguatkuasa untuk pantau?
Lepas itu dia kata dekat Kuala Langat itu nanti ladang semua adalah ladang moden yang tertutup dan zero discharge. Semua penternak itu dah setuju ke? Minta maaflah, kebanyakkan penternak individu ni tak akan setuju sebab kos terlalu tinggi.
Kalau pindah semua penternak ke Kuala Langat dan kemudian berskala besar ke Bukit Tagar, lepas itu mereka teruskan kaedah konvensional yang mencemarkan alam sekitar termasuk pencemaran bau dan sungai, kawasan Tanjong Sepat, Kuala Langat yang majoriti muslim (60 peratus) dan Bukit Tagar, Kuala Langat (75 peratus) itu akan terjejas tahu.
Alah janji untuk closed system with zero discharge ini sorrylah saya tak boleh nak percaya. Kes Putra Height pun boleh luluskan KM dan permit korekan kepada syarikat yang dalam tindakan tatatertib, kilang haram pun bersepah dekat Selangor sampai sekarang tak selesai. Sudahlah dengan janji-janji manis.
Satu lagi ladang besar dekat Kuala Langat ini dia nak fokus bukan kepada keperluan dalam negara. Tapi termasuk untuk eksport ke luar negara. Eh, penternak punya untung, rakyat Melayu Islam Kuala Langat nak kena bergelumang dengan tahi dan bau babi?
Apa yang patut buat sekarang ni oleh Menteri Besar Selangor adalah:
(1) Arahkan semua penguatkuasa PBT gempur dan tutup ladang ternakan babi secara haram dan mengikut kaedah tradisional.
(2) Tetapkan had maksimum jumlah babi yang boleh diternak di negeri Selangor, hanya untuk keperluan negeri selangor dan dalam negara sahaja. Bukan untuk eksport.
(3) Keluarkan lesen penternakan hanya kepada mereka yang akan buat closed and zero discharge system.
(4) Gubal undang-undang ketat untuk kawal selia ladang babi haram. Hukuman penjara kepada pemilik tanah, pemilik syarikat dan kakitangan yang terlibat.
Menteri Besar Selangor, janganlah takut dengan parti politik tertentu dalam Kerajaan Selangor. Kan ada backup kuat dari Sultan Selangor. Gunakan kuasa, sebelum hilang kuasa.
Salam hormat,
IR TS DR NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
Timbalan Pengerusi
Lajnah Penerangan PAS Selangor – HARAKAHDAILY 11/1/2026












