
BERLEGAR foto-foto PMX yang memberikan penghormatan kepada Mustapha Kamal Ataturk sehari dua ini, direncahkan pula dengan pelbagai tulisan untuk merasionalkan tindakan orang nombor satu negara. Tulisan separa akademik atau juga catatan untuk mewajarkan tindakan PMX datang daripada avatar pihak Kerajaan Madani. Ironinya, Anwar Ibrahim pernah meremehkan tindakan sama yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir puluhan tahun dahulu.
Generasi muda wajib untuk mengetahui siapakah figura besar negara Turki itu yang dinobat sejarah sebagai Bapa Pemodenan Turki, kontradiksi sejarah Islam kontemporari yang meletakkan Mustapha Kamal sebagai peruntuh Khilafah Uthmaniah yang telah memayungi bumi umat Islam selama lebih 600 tahun.
Negara Turki terletak di Asia kecil dan di sebelah Tenggara benua Eropah. Kedudukan Turki memang unik, kerana sebahagian besar wilayahnya terletak di Asia, dan sebahagian kecilnya terletak di Eropah. Kedua-dua wilayah yang terpisah ini dihubungkan dengan jambatan yang merentasi Selat Bosporus.
Turki mempunyai sejarah panjang sebagai pusat pemerintahan Islam yang menaungi sebahagian besar umat Islam. Khilafah Uthmaniah Turki diasaskan oleh Uthman Orthogol, berada di zaman kemuncak semasa pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih, khalifah ketujuh yang telah berjaya menawan Kota Konstantinopel daripada Byzantin. Khilafah Uthmaniah menjaga dunia Islam, menebarkan dakwah dan jihad ta’lim, bahkan mencetak kitab-kitab thurath untuk alam Nusantara ini.
Kehebatan kerajaan Uthmaniah mula semakin lemah diakibatkan oleh perancangan jahat orang-orang Yahudi Dunnama, di mana mereka ini telah memeluk Islam dengan niat untuk menghancurkan Islam dari dalam, seumpama gunting dalam lipatan. Golongan Yahudi juga telah memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan Turki.
Kemuncak perancangan golongan Yahudi ialah merancang untuk menghancurkan Khilafah Islam. Golongan Yahudi antarabangsa melalui gerakan Freemason yang menguasai media massa telah menonjolkan Mustafa Kamal yang berdarah Yahudi sebagai sosok pahlawan yang akan membangunkan Turki baru yang bebas daripada dogma agama serta ajaran Tauhid.
Media massa penjajah Barat juga telah memainkan peranan penting dalam memburukkan kerajaan Uthmaniah Turki terutama kecacatan peribadi Khilafah yang bergelumang dengan keseronokan. Di Turki, telah ditubuhkan ‘The Young Turks’ pada tahun 1908; gerakan Yahudi ini digerakkan dengan bantuan Freemason. Kucuran dana daripada Yahudi dan kuasa Barat memotori pergerakan The Young Turks ini, golongan ini sangat agresif untuk menggulingkan Sultan Abdul Hamid II. Sosok khalifah ini digambarkan lemah, tidak kompeten serta menompokkan hutang negara, walhal Abdul Hamid berjaya menjaga tanah Palestin.
Di negara-negara Arab lain pula semangat Nasionalisme Arab telah ditiupkan dengan menganggap kerajaan Turki sebagai penjajah. Negara Barat berusaha meniupkan semangat negara bangsa kepada negara-negara Arab. Melalui semangat Nasionalisme Arab inilah Turki mahu dipisahkan daripada saudara-saudara Islam lainnya di seluruh dunia. Watak oportunis ini dilakonkan dengan jayanya oleh Lawrence Arabia, menghasut penguasa-penguasa Arab agar membebaskan diri daripada Uthmaniah. Perancangan keji Yahudi ini akhirnya berjaya meruntuhkan khilafah secara rasmi pada 3 Mac 1924. Mustafa Kamal telah naik ke takhta kuasa dan mula menunjukkan kebenciannya terhadap Islam dan orang-orang beriman.
Seluruh dasar kerajaan telah dipisahkan daripada syariat Islam dengan erti kata lain, merubah wajah serta environment sosial berwajah Islam di Turki.
1. Mencabut seratus peratus wewenang syariah daripada negara. Bahkan zakat juga tidak diletak di bawah pengurusan Kerajaan. Al-Qur’an bukan lagi rujukan Turki dalam menentukan arah pemerintahan negara.
2. Intimidasi, kekerasan serta pemenjaraan kepada kelompok ulama serta pendakwah. Antara sosok ulama yang dipenjarakan ialah Sheikh Badiuzzaman Said Nursi, malah ada yang dibunuh oleh rejim.
3. Turki diubah dengan drastik, kemungkaran adalah sisi baru tapak Kerajaan Uthmaniah. Kebanyakan media arus perdana seperti siaran-siaran radio dan televisyen serta isi kandungan majalah membajai nafsu syahwat.
4. Obsesi pada tugu dan patung di bumi Turki seperti negara Arab di zaman rejim Baath. Binaan tugu-tugu dan patung-patung dalam negara yang mana tugu-tugu dan patung-patung tersebut mula rancak dibina untuk merubah pencitraan baru Turki moden.
5. Kebejatan serta kebobrokan akibat usaha westernisasi Mustapha Kamal. Muzik-muzik haram, tari-menari, bergaul bebas, panggung-panggung wayang lucah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan lain-lain lagi dibiarkan berleluasa. Akhlak rakyat mula digerus perlahan dengan pemikiran the blue eyes mentality.
6. Projek de-Islamisasi berlangsung di zaman pemerintahan Ataturk. Larangan kuliah ilmu, tafaqquh dan halaqah al-Qur’an. Masjid mulai kosong tanpa jemaah. Kegemilangan Kerajaan Uthmaniah ialah kerana hidupnya masjid sebagai pusat sehenti yang menghimpunkan ummah.
7. Penutupan sekolah imam dan khatib. Institusi inilah yang melahirkan ulama, pendakwah dan pegawai masjid sebagaimana pondok tradisional serta madrasah di Nusantara.
8. Banyak projek yang sia-sia atau membazir, dengan menggunakan wang berjuta-juta seperti membesarkan tempat-tempat pelesiran yang digunakan untuk orang-orang besar sahaja.
9. Apparatus kerajaan seperti polis dan tentera yang sepatutnya bertugas menjaga keamanan tetapi digunakan untuk mempertahan sekularisme Turki serta penjaga pemerintahan sekular Turki.
10. Penghapusan tulisan serta bahasa Arab dengan alasan kemajuan. Kemuncaknya ialah azan dalam bahasa Turki sehingga isu ini cuba diubah oleh Adnan Manderes.
11. Mustapha adalah ikon sekular abad moden, bukan sekadar menyeru ke arah pemisahan agama dan negara tetapi melaksanakannya. Di satu bandar bernama Balikesir, Mustafa Kamal berucap bahawa agama terpisah dengan urusan harian dan mendakwa Nabi Muhammad SAW. juga telah berbuat demikian.
12. Mengarus perdanakan pembaratan negara atas alasan citra pemodenan. Dalam satu ceramahnya, Mustafa Kamal pernah menegaskan bahawa mana mungkin sebuah negara bisa maju jika orangnya tidak berpakaian secara moden (mendedahkan aurat).
13. Mustafa Kamal tidak membenarkan kuasa talak pada suami (seperti yang ada dalam ajaran Islam) kerana mengikut undang-undang sivil dari Sweeden. Ironisnya, undang-undang ini diperkenalkan beberapa bulan selepas dia menceraikan isterinya.
Kejatuhan Kerajaan Islam yang telah memayungi umat selama 600 tahun lebih ini akhirnya telah mewajahkan dunia Islam yang baru, kemunculan negara bangsa akibat pemetaan baru dunia Islam dengan arkitek utamanya ialah empayar Pax Britanica dan Perancis. Negara umat Islam juga telah difaraidkan dan menuju titik kelemahan paling parah dengan pelebaran faham ilmaniah atau sekularisme. Umat Islam dijajah dan mengalami keterpurukan nilai serta tersudut jauh. Mustapha Kamal Ataturk juga mempunyai saham!
DR RIDUAN MOHAMAD NOR
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
Pengerusi LESTARI- HARAKAHDAILY 11/1/2026











