PN Pahang umum kepimpinan baharu sesi 2025-2028

- Advertisement -

KUALA KRAU: Perikatan Nasional (PN) Negeri Pahang mengumumkan pelantikan barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) baharu bagi penggal 2025-2028 selepas mengadakan mesyuarat kepimpinan negeri yang dipengerusikan Pengerusinya, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mesyuarat tersebut berlangsung dalam suasana penuh persefahaman antara komponen parti, sekali gus mencapai persetujuan sebulat suara bagi pembentukan struktur organisasi baharu PN Pahang.

Menurut keputusan mesyuarat, pelantikan ini membabitkan gandingan kepimpinan berpengalaman bersama tenaga muda yang berwibawa bagi memastikan aspirasi rakyat Pahang terus diperjuangkan dengan lebih berkesan.

“Dengan pembentukan struktur baharu ini, PN Pahang komited memperkukuh jentera di semua peringkat, khususnya di akar umbi, sebagai persediaan mendepani cabaran politik semasa dan meningkatkan kualiti khidmat bakti kepada masyarakat.

- Advertisement -



“Dalam ucapan penutup, Pengerusi merakamkan penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa atas kepercayaan yang diberikan dan menyatakan keyakinan bahawa kesepaduan terjalin akan mengukuhkan lagi peranan PN sebagai platform politik stabil di Pahang,” kata kenyataan bersama itu, hari ini.

Ahli Jawatankuasa Perikatan Nasional Pahang 2025-2028

Pengerusi
Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS)

Timbalan Pengerusi
Dato’ Abdul Khalib Abdullah (BERSATU)

Timbalan Pengerusi
Dato’ Ustaz Rosli Abdul Jabar (PAS)

Timbalan Pengerusi
Dato’ Ranndy Yap (GERAKAN)

Setiausaha
Dato’ Andansura Rabu (PAS)

Penolong Setiausaha
Nurul Qomar Abd Talib (BERSATU)

Penolong Setiausaha
Raymond Cham (GERAKAN)

Setiausaha Kerja
Kol. Bersekutu (PA) Mohd Hafeez Mohd Yunus

Bendahari
Dato’ Jasri Jamaludin (BERSATU)

Penolong Bendahari
Ustaz Shahril Azman Abdul Halim Al Hafiz (PAS)

Ketua Penerangan
Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya (PAS)

Naib Ketua Penerangan
Dato’ Rofaie Hamdan (BERSATU)

Naib Ketua Penerangan
Dato Sri Chandra Balabedha (GERAKAN)

Pengarah Pilihan Raya
Hamdan Abdullah (PAS)

Timbalan Pengarah Pilihan Raya
Mohd Hafeez Mohd Yunus (BERSATU)

Ketua Wanita
Salmiah Mohd Nor (PAS)

Naib Ketua Wanita
Norhafizah Dewa (BERSATU)

Naib Ketua Wanita
Cheong Lai Chee (GERAKAN)

Ketua Pemuda
Muhammad Fareed Tarmizi (BERSATU)

Naib Ketua Pemuda
Ustaz Zulfadli Zakariah (PAS)

Naib Ketua Pemuda
Goh Tee Loong (GERAKAN)

Ahli Jawatankuasa
1. Wan Razali Wan Nor (PAS)
2. Ustaz Kamal Ashaari (PAS)
3. Dato’ Sri Dr Ismail Abd Muttalib (PAS)
4. Dato’ Sri Asmawi Harun (BERSATU)
5. Mohd Yazid Mohd Yunus (BERSATU)
6. Dato’ Mohd Fakrunizam Ibrahim (BERSATU)
7. Raymond Cham (GERAKAN)
8. Geoff Chan (GERAKAN)
9. William Tan (GERAKAN)

Pengerusi PN Parlimen

Cameron Highlands: Dr Abdul Rasid Ali (BERSATU)

Lipis: Roslan Zainal (PAS)

Raub: Dato’ Mohd Fakrunizam Ibrahim (BERSATU)

Bentong: TBA (GERAKAN)

Bera: Dato’ Sri Asmawi Harun (BERSATU)

Temerloh: Md Jusoh Darus (PAS)

Kuala Krau: Ustaz Kamal Ashaari (PAS)

Maran: Fazil Azmi Nadzri (PAS)

Jerantut: Ustaz Yohanis Ahmad (PAS)

Paya Besar: Mohd Yazid Mohd Yunus (BERSATU)

Kuantan: Dato’ Ustaz Rosli Abdul Jabar (PAS)

Indera Mahkota: Dato’ Andansura Rabu (PAS)

Pekan: Ustaz Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (PAS)

Rompin: Dato’ Abdul Khalib Abdullah (BERSATU) – HARAKAHDAILY 11/1/2026

- Advertisement -