Isteri memandikan jenazah suami

- Advertisement -

Soalan:

Adakah harus jika seorang lelaki meninggal dunia isterinya memandikan jenazahnya?

- Advertisement -

Jawapan:

Harus isteri memandikan mayat suaminya sepertimana harus suami memandikan mayat isterinya.

Berkata Dr Mustafa Al-Khin:

وللزوجة أن تغسل الرجل إلا امرأة أجنبيه

Ertinya: “Dan harus bagi isteri bahawa memandikan akan mayat suami melainkan perempuan yang ajnabiyah.” (Kitab Fiqh Al-Manhaji)

Dan sayugianya ketika memandikan itu dia memakai sarung tangan supaya tidak batal wuduk orang yang memandikan.

Berkata Majlis Fatwa Australia:

قال الفقهاء : وللرجل غسل زوجته خلافا لأبي حنيفة. ولها غسله بالإجماع، بلا مس لئلا ينتقض وضوء الغاسل فقط.كأن يلف الغاسل منهما على يده خرقة قال صلى الله عليه وسلم لعائشة رضي الله عنها : مَا ضَرَّكِ لَوْ مِتِّ قَبْلِي، فَقُمْتُ عَلَيْكِ، فَغَسَّلْتُكِ، وَكَفَّنْتُكِ، وَصَلَّيْتُ عَلَيْكِ، وَدَفَنْتُكِ رواه النسائي وابن حبان وصححه. وروى الشافعي رحمه الله أن عليا غسل فاطمة عليهما السلام. ولأن أسماء غسلت زوجها أبا بكر رضي الله عنهما. وهذا مذهب الجمهور في جواز غسل أحد الزوجين

Ertinya: “Telah berkata Fuqahak: Dan harus bagi lelaki memandikan isterinya bersalahan bagi Abu Hanifah. Dan harus bagi isteri memandikan suaminya dengan ijmak dengan tiada menyentuh supaya tidak batal wuduk yang memandikan sahaja seperti bahawa yang memandikan dari keduanya itu membalut tangannya dengan kain. Telah bersabda oleh Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bagi Aisyah r.a.: Tidak mengapa bagimu kalau kamu mati dahulu sebelumku lalu aku uruskan ke atasmu lalu aku mandikan kamu dan aku kafankan kamu dan aku solat atas kamu dan aku tanamkan kamu. Telah meriwayatkannya oleh An-Nasaie dan Ibnu Hibban dan dia telah mensahihkannya. Dan Imam Syafie telah meriwayatkan bahawa Ali r.a. memandikan Fatimah r.a. Dan kerana sungguhnya Asma’ r.a telah memandikan suaminya Abu Bakar r.a. Dan inilah mazhab jumhur pada harusnya memandikan salah seorang dari suami isteri.” (Majlis Fatwa Australia)

Wallahua’lam. HARAKAHDAILY 31/12/2025

- Advertisement -