Orang berpaling tadah atas kehidupan fana sia-sia

Foto hiasan.
- Advertisement -

Senario politik Melayu Islam masih kabur kerana bersengketa dan berantakan atas jalur “politik” dalam demokrasi. Ideologi dan dasar parti berbeza suatu sifat membina sokongan tetapi memugar jawatan sikap buruk ahli politik berbeza misi mendapatkan “kuasa” untuk melaksanakan visi parti masing-masing terutama Islam bukan sekadar baca dan belajar tetapi amalan atau “ad-din” sebagai cara hidup.

- Advertisement -

Kembara politik yang tidak berpegang pada Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW sebagai penyuluh jalan dan pedoman hidup hanya mengundang musibah kepada diri dan masyarakat. Orang muslim dan mukmin dalam apapun amalan dan tindakan perlu suluhan dari sumber Rasulullah SAW yang telah memberi jalan keluar terhadap kemelut yang melanda umat Islam melalui hadis yang mafhumnya: “Aku wasiatkan kepada kamu agar selalu mendengar dan taat meskipun yang memimpin (secara paksa) adalah hamba berkulit hitam. Malah baginda berpesan agar berpegang teguh pada sunah baginda, maksudnya “gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham…” (Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi)

Selanjutnya level pendidikan tahap sijil, diploma, degree, sarjana dan doktor falsafah (Ph.D) diperlihat port nafsu lebih tua dari akal dan ilmu yang sedikit diumpama air pada pena yang dicelup di lautan saujana tetapi lisan dan tulisan di medsos seperti iblis mengajar umat Muhammad SAW membaca ayat kursi elak diganggu setan dan jin.

Kebijaksanaan manusia pada hakikatnya ialah tauhid yang tidak teruja elemen kemajuan dunia kerana kerangka kehidupan manusia telah diatur dalam Quran dan sunnah sebagai penyuluh hidup. Peristiwa perang Uhud, memperlihat perbezaan pendapat sama ada kaum Muslimin dipimpin Rasulullah SAW melancarkan perang dengan tentera kaum musyrik Quraisy di dalam kota Madinah manakala sejumlah sahabat golongan muda mahu menghadapinya tentera musyrik di luar kota.

Orang-orang munafik, terutama pimpinan Ubay bin Salul, mengikuti pendapat Rasulullah. Sebaliknya SAW ikut serta majoriti sahabat, yang berpengalaman dalam Perang Badar, akan menghadapi tentara kaum Muslimin menghadapi perang di luar kota. Sikap kaum munafik diperlihat oleh Ubay bin Sahul yang khianat ketika pasukan kaum muslimin sampai di Asy-Syawat. Mereka menarik diri bersama tiga ratus orang munafik dengan alasan tidak mungkin perang melawan orang-orang musyrik dan menolak keputusan Rasulullah SAW untuk perang di luar kota Madinah.

Ia menyatakan bahawa Rasulullah SAW lebih patuh kepada keputusan golongan orang muda sambil meremeh pendapat mereka. Ini merupakan bentuk pengkhianatan besar, dan wujud kebencian terhadap Islam dan kaum muslimin. Hikmatnya pembersihan kaum muslimin dari sosok pemimpin sifat munafik.

Peristiwa berbaiah pada hari Hudaibiyah juga suatu pelajaran agar umat Islam berprinsip dan berpegang pada janji-janji dalam jemaah. Berbaih Hudaibiyah bermakna bersumpah setia dan perjanjian dengan Rasulullah SAW seperti tertera firman Allah SWT dalam surah Al-Fath: 10, bermaksud: “Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka sesiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barang siapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar”.

Selanjutnya firman Allah SWT dalam surah yang sama, ayat 18, bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah meredhai terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berbai’ah kepada engkau di bawah sepohon pokok”. Manakala surah Ali Imran: 179 bermaksud: “Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu yang sekarang ini, sehingga dia menyaksikan yang buruk (munafik) dari yang baik (mukmin). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlibatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib.”

Pelajaran dari kisah raja Thalut dalam surah Al Baqarah ayat 246 hingga 252 tentang kezaliman terhadap Bani Israel di Palestin hingga hilang Tabut pusaka keluarga Nabi Musa dan keluarga Harun AS terkandung hikmatnya ketenangan apabila di sisi mereka. Petinggi Bani Israel mendatangi Nabi untuk meminta dipilihkan pemimpin dalam kalangan kaumnya dan meyakinkan Nabi bahawa mereka tidak akan lari dari medan perang meskipun Nabi sudah mengetahui tabiat Bani Israel yang culas dan menipu. Malah memuluk bahawa mereka enggan berperang selama ini karena tidak adanya orang yang memimpin mereka.

Nabi berdoa kepada Allah, ia dimakbulkan-Nya dengan mewahyukan bahawa Thâlut sebagai pemimpinnya atas kehendak Allah tetapi Bani Israel menolak kerana menginginkan seorang pemimpin dari kalangan bangsawan bukan Thalut rakyat biasa yang miskin, dan tidak memiliki harta benda yang setara dengan para bangsawan. Nabi terkejut kerana mereka menolak Thalut yang difirmankan dari Allah atas ilmu pengetahuan dan kekuatan fisik untuk menjadi panglima perang.

Walau bagaimanapun Nabi mengingatkan tanda-tanda Thalut akan menjadi raja bagi kalian adalah kembalinya Tabut yang dibawa oleh malaikat. Tabut yang telah hilang dicuri oleh musuh Bani Israel dikembalikan kepada mereka tanpa peperangan melalui malaikat yang membuktikan keesaan Allah untuk mengambil Tabut dan membawanya kepada mereka. Thalut sebagai pemimpin mereka suatu janji benar dan menjadi raja Bani Israel serta bersiap-siaga berperang.

Pelanggaran janji dalam jemaah mengundang musibah diperlihat melalui peristiwa kaum yang melanggar perintah Thalut agar tidak minum air sungai yang dilewati ke medan perang dengan kalimat perintah Thalut “ketika melewati sungai itu, jangan ada yang meminum airnya. Barang siapa meminumnya bererti ia bukan seorang perajurit yang patuh dan ia bukan dari golonganku. Dan barang siapa taat atas perintah Allah, maka ia akan tetap bersamaku.” Thalut hanya membenarkan mereka meminumnya seteguk saja dan diambil dari tangan. Sekadar menghilangkan rasa haus dan membasahi bibir yang kering.

Thalut melarang pasukannya meminum air sungai padahal minum adalah sesuatu yang dibolehkan dalam agama. Ini merupakan bentuk pelajaran dari kepemimpinan, bahawa seorang pemimpin boleh memberi pelajaran kepada rakyatnya untuk menguji kepatuhannya.

Namun kebanyakan daripada mereka melanggar perintah Thalut menyebabkan mereka ditinggalkan dan segelintir mara ke medan tempur tetapi mereka berasa takut sekali melawan musuh yang berjumlah besar di bawah kepemimpinan Jalut (Goliat). Pasukan Bani Israel berkata kepada Thalut: “Hari ini kami tidak ada kekuatan untuk melawan Jalut dan pasukannya. Dan kami tidak berani untuk berperang melawan mereka” lalu mereka pun pergi meninggalkan medan perang.

Thalut memberi motivasi dan nasihat agar pasukannya aman ketika menghadapi musuh seperti kalimat, “Berapa banyak kelompok kecil sanggup mengalahkan kelompok yang lebih besar atas izin Allah, dan Allah bersama orang-orang yang sabar.” Saat memasuki peperangan Thalut berdoa kepada Allah dengan khusyuk: “Wahai Tuhanku karuniakan kepada kami kesabaran, tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami dari orang-orang kafir.” Allah pun berkenan memberikan pertolongan-Nya, Thalut dan pasukannya mendapat kemenangan.

Kisah dan teladannya setiakawan dalam saf waktu senang dan getir perlu “sabar” dan di antara orang yang sabar dan tetap bersama Thalut adalah Nabi Daud AS ketika itu belum menjadi Nabi dan raja. Beliau diangkat menjadi Nabi dan raja Bani Israel selepa peperangan itu. Pasukan Thalut kembali ke negeri Palestin dengan kemenangan tetapi tercalar oleh segelintir pasukan Bani Israel yang melanggar perintah Thalut dan lari dari medan perang.

Akhirnya Islam tetap menang meskipun manusia berpaling tadah kerana tiada keyakinan pada perjuangan berakar tauhid. Hasrat dan impian manusia saujana akal tetapi kudrat dan upaya di batas waktu kerana alam fana hanya pentas kehidupan yang sia-sia.

Dr Zulkeflee Yaacob

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psiokososio @ Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 31/12/2025

- Advertisement -