Kerajaan negeri galak pohon geran sukan KBS

Zamakhshari Muhamad
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri memberi galakan rakyat agar membuat permohonan untuk mendapatkan dana sukan seperti Geran Padanan Sukan (GPS), Dana Sukan Komuniti (DSK) dan Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN).

Exco Belia, Sukan, NGO Dan Perpaduan Masyarakat, Zamakhshari Muhamad berkata, program itu merupakan instrumen utama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menyuntik dana dalam ekosistem sukan di negara ini.

- Advertisement -

Beliau berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100 juta pada tahun 2026 bagi bagi meneruskan pembangunan dan penghasilan bakat baru sukan peringkat akar umbi dan komuniti sehingga ke pentas antarabangsa.

“Buat rakyat Kelantan yang nak cari dana untuk buat program sukan atau seumpamanya, ni ada satu peluang di bawah KBS, sekarang ni permohonan untuk beberapa dana sukan dah dibuka, program GPS, DSK dan KWASN.

“Ini sesuai untuk persatuan, NGO atau komuniti yang aktif buat program sukan, nak besarkan aktiviti, atau nak gilap bakat baharu dari peringkat bawah, kalau rasa menepati, boleh mohon laman web KBS,” katanya.

Tulis beliau dalam satu hantaran Facebook baru-baru ini Zamakhshari berkata GPS memberi tumpuan kepada penganjuran sukan komersial dan berimpak tinggi dan DKS pula aktiviti komuniti amal gaya hidup sihat.

Manakala KWASN merupakan pembiayaan khusus sebanyak RM50 juta bagi sukan berprestasi tinggi dan bertujuan untuk meningkatkan pencapaian atlet negara di pentas kompetitif yang bermula pada tahun 2026.

Media sebelum ini melaporkan KBS pada 12 Disember lalu mengumumkan peruntukkan tersebut bagi tahun 2025 dan permohonan rasmi mula dibuka tiga hari kemudian dan permohonan mesti dibuat melalui portal rasmi KBS. – HARAKAHDAILY 22/12/2025

- Advertisement -