Isu premis judi: Ulamak Kelantan buat solat hajat

Mohd Tuan Saripudin Tuan Ismail
- Advertisement -

BACHOK: Dewan Ulamak PAS Kelantan mengadakan solat hajat berhubung cabaran undang-undang terhadap keputusan Kerajaan Kedah tidak memperbaharui lesen premis judi dan loteri berkuat kuasa pada awal Januari 2023.

- Advertisement -

Ketuanya, Dato’ Mohd Tuan Saripudin Tuan Ismail berkata, pihaknya menyokong langkah tersebut sebagaimana yang pernah dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan pada awal pemerintahan PAS di negeri itu pada tahun 1990.

Beliau berkata, penutupan tersebut sangat penting bagi membanteras kerosakan moral dan pihak berkuasa terus memerangi aktiviti itu yang berselindung disebalik perniagaan lain dan beroperasi secara dalam talian.

“Saya berkesempatan menghadiri solat hajat dan bacaan yasin bermunajat kepada Allah bagi memberi keadilan dan petunjuk dalam isu penghakiman pelaksanaan dasar penutupan premis judi serta kesejahteraan negeri.

“Semoga segala doa dan harapan yang dipanjatkan dapat dimakbulkan dan usaha kita untuk menegakkan kebenaran yang diberkati Allah SWT,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial, Facebook baru-baru ini.

Majlis yang diadakan di Masjid Pusat Pengajian Pondok Moden Yayasan Islam Kelantan (YIK) Kampung Telong di sini itu, diketuai oleh Syeikh Pusat Pengajian Pondok Moden YIK, Ustaz Mohamad Aziz Che Man.

Media sebelum ini melaporkan Kerajaan Kedah di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor memutuskan untuk menghentikan pembaharuan lesen premis judi atas dasar awam dan kebajikan rakyat.

Bagaimanapun keputusan tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati ejen dan syarikat pertaruhan yang menfaikan kes tersebut di Mahkamah Rayuan sebelum di bawah ke Mahkamah Rayuan biarpun tidak memihak kerajaan.

Hasil keputusan, Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarahkan kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) membayar pampasan kepada pengusaha judi yang mengalami kerugian besar akibat penutupan premis terbabit.

Cabaran undang-undang tidak terhenti disitu sahaja, bahkan kerajaan negeri telah menyatakan hasrat untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah Persekutuan sebagai rayuan terakhir bagi mempertahankan keputusan itu. – HARAKAHDAILY 22/12/2025

- Advertisement -