Eh, sebab apa padam?

- Advertisement -

DENGAR khabar video berkenaan konten yang seperti play victim oleh FELDA semalam, telah dipadamkan.

Mungkin juga permintaan memadamkan video itu, datang dari kakitangan FELDA yang jadi subjek dalam video itu sendiri kerana sedar, yang ditunjukkan muka dia, bukan muka pengurusan FELDA. Malu, dia yang dapat, pengurusan relaks saja. Dari orang tak kenal, jadi terkenal kerana turut terbabit membuat belitan cerita sebenar.

Dia pula asal dari FELDA Chiku, Kelantan walaupun bekerja di Terengganu. Jauh tu. Atau mungkin nak disengajakan supaya dilihat ada pertembungan antara Kelantan dan Terengganu?

- Advertisement -

Atau mungkin juga FELDA rasa yakin yang rakyat sedang percayakan mereka, lalu Kerajaan Negeri Terengganu sedang disumpah oleh peneroka-peneroka, lalu dibuatkan video ini sebagai taburan garam tambahan kepedihan atas luka kehinaan oleh rakyat itu kepada Kerajaan Terengganu?

Mungkinkah juga video ini sebagai sebahagian kempen awal dari FELDA bagi membantu pembangkang menang semula dan menjadi kerajaan di Terengganu dalam PRU-16 nanti?

Dan kalau pembangkang menang, maka tanah milik rakyat yang diduduki secara tidak sah ini, tidak akan dituntut, malah diberikan percuma sebagai hadiah kempen mereka?

Jika semuanya tidak, jadi kenapa disiarkan video ini dan kemudiannya ditarik semula? Jika kerana FELDA berada di pihak yang benar, (tetapi pastinya bukan kerana FELDA benar), kenapa dipadamkan semula?

Tetapi sangkaan aku lain. Aku bersangka yang video ini tidak dibayar, maka kerana itu pemiliknya menariknya semula dari disiarkan.

Itulah, lain kali, buat agreement betul-betul dulu sebelum buat video, berapa nak bayar, lama mana video tu. Taklah kena scam. Ni sangkaan jahat aku saja, tak tahu betul ke tak.

Cuma masalah staf FELDA tu sekarang ialah, mana dia nak letak muka, sebab pasti orang tanya, yang awak tu duduk dalam FELDA sendiripun tak tahu status tanah? Apa kau buat dalam itu dik?

Ni contoh soalan saja. Kan dari ada satu masalah, dah tambah pula masalah lain. Sebab orang luar FELDA pun faham, duduk atas tanah orang, kenalah ada perjanjian beradablah dengan tuan tanah. Jangan buat macam tanah sendiri. Itu perangai…

Ataupun kalau FELDA nak selamat dari segi perundangan, ikut cara Do Re Mi, jangan duduk atas tanah, tapi duduk atas pokok, tak boleh kata tanah haram, kita sebut tanah makruh saja.

MOHD NASIR ABDULLAH – HARAKAHDAILY 15/12/2025

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -