MCA: PAS sedia dialog jernihkan sebarang kekeliruan

Imbau kerjasama harmoni dengan MCA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS menegaskan kesediaan parti itu untuk berdialog dengan mana-mana pihak termasuk MCA bagi menjernihkan sebarang kekeliruan berhubung dasar serta pendekatan politik yang dibawa.

- Advertisement -

​Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, apa jua pandangan terhadap PAS wajar diperbetulkan menerusi saluran dialog terbuka dan bukannya bergantung kepada persepsi yang tidak lengkap.

​Mengulas kenyataan Presiden MCA, beliau mengingatkan bahawa parti komponen Barisan Nasional (BN) itu pernah mempunyai pengalaman bekerjasama dengan PAS dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

​”MCA sendiri pernah bekerjasama dengan PAS dalam kerajaan PN dan mengetahui secara dekat pendekatan PAS ketika mentadbir. Sepanjang tempoh itu, tidak pernah timbul sebarang konflik besar antara PAS dan MCA yang membawa perbalahan terbuka.

​”Situasi ini berbeza dengan apa yang kita lihat dalam kalangan parti-parti kerajaan hari ini, yang sering berdebat di khalayak secara tidak produktif,” katanya.

​Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, pengalaman pentadbiran bersama tersebut sepatutnya menjadi asas kefahaman bahawa PAS bukanlah parti yang memusuhi mana-mana kaum atau agama.

​Sebaliknya kata beliau, PAS sentiasa memilih jalan rundingan dan harmoni dalam menyelesaikan sebarang perbezaan pendapat.

​”Jika masih wujud salah faham atau keraguan, pintu PAS sentiasa terbuka untuk dialog,” ujarnya.

​Semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Tahunan parti itu memberi amaran keras kepada BN agar tidak meneruskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut ​Wee, sejak memegang kuasa, DAP dan PH telah membuat banyak pusingan-U, meninggalkan janji-janji serta mengkhianati prinsip mereka sendiri.

​Beliau turut menegaskan bahawa jika BN mahu meneruskan kerjasama dengan PH, MCA bersedia membawa haluan sendiri.

​”Jika menjelang pilihan raya umum nanti masih ada rakan BN yang mahu terus bekerjasama dengan mereka (PH), itu hanya bermakna semangat BN sudah mati sepenuhnya.

​”Dalam keadaan itu, kita hanya boleh berkata, ‘Selamat maju jaya! MCA ada jalannya sendiri’,” kata Wee. – HARAKAHDAILY 8/12/2025

- Advertisement -