
WAHAI CEPLOS (ganti nama baharu walanon setelah dimaklumkan oleh Rafizi) sekalian, nak tukar isu ke tak lagi ni? Kalau masih nak main isu FELDA lagi, boleh saja.
Dato’ Seri (DS) Ahmad Said memberitahu kisah sebenar semasa beliau menjadi Menteri Besar, sama dengan setiap kronologi yang diatur oleh Dato’ Dr Azman Ibrahim dalam Facebook beliau.
Aku, disebabkan kasihan melihat kepeningan CEPLOS semua dan sebab Ketua Penerangan mereka tidak berfungsi, maka aku akan bantu cadangan kepada CEPLOS untuk ambil sudut mana yang perlu untuk CEPLOS tukar isu ini menjadi naratif memihak kepada PHBN.
1. Boleh guna ayat Wan Abdul Hakim sebagaimana dalam video aku semalam, ada sedutan ucapan DS Ahmad Said dalam ucapan beliau di Mesyuarat Agong Umno Bahagian Kemaman yang beliau sebut, Wan Abdul Hakim menuduh beliau sebagai buat cerita sensasi sahaja berkaitan kes 1MDB. Maknanya DS Ahmad Said dalam isu FELDA ini, boleh diulangi dakwaan oleh Wan Abdul Hakim yang DS Ahmad Said hanya mahu mencari sensasi sahaja.
2. CEPLOS juga boleh mendakwa yang sebenarnya ada pakatan rahsia yang DS Ahmad Said sedang dipujuk untuk menjadi walaun dan dijanjikan kedudukan yang tinggi bila bersama PAS nanti.
3. Gunakan Dato’ Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi FELDA untuk menangkis serangan DS Ahmad Said ini. Mereka berdua sesuai untuk diadu. Dahulu dalam PRK Kijal tahun 1990, mereka pernah bertembung, Shabery mewakili Semangat 46 dan kalah. Mungkin kali ini boleh beliau langsaikan dendam lama.
4. Panggil semula mantan Pengerusi FELDA Tan Sri Dr Yusof Noor, yang juga seorang bekas menteri yang berkelulusan agama dalam bidang tasawuf. Nanti CEPLOS boleh guna ayat ‘Takkan lebai nak menipu’ merujuk kepada jawapan Tan Sri Yusof Noor untuk meyakinkan walanon-walanon semua.
5. Ungkit balik segala kejahatan DS Ahmad Said semasa menjadi Menteri Besar yang pernah CEPLOS ingat untuk tenggelamkan kenyataan DS Ahmad Said ini.
6. Boleh juga mencuba isu perundangan, dakwa bahawa DS Ahmad Said telah membocorkan minit mesyuarat MMKN berkenaan FELDA kepada umum dan boleh didakwa di bawah OSA.
7. Kumpul seramai mungkin budak-budak, pakaikan baju buruk, ambil gambar dekat ladang sawit, bagitahu budak-budak itu sudah jadi gelandangan kerana rumah mereka telah disita dan maklumkan Kerajaan Negeri telah berbohong.
8. Alih segera isu, boleh guna isu Yayasan Terengganu tutup asrama di Kemaman, rasanya laku nampaknya isu tu
9. Jangan buat apa-apa respon dengan isu ini, lancarkan mogok, minta elaun CEPLOS lebih. Yalah, bos-bos walanon berehat jer, tak komen apa-apa, tapi CEPLOS yang dapat malu, buat cerita sampai orang tak percaya, elaun pulak ciput, rendah dari pendapatan peneroka, lepas tu nak bela peneroka, muka pula orang nampak, kan?
10. Atau boleh kitar semula isu mandi bogel dalam kolah, Amanat, Memali. Biasanya Nik Dir pakar dalam isu ini. Boleh buat siap tesis kut.
So pilihlah, 10 cadangan yang aku bagi tu. insya-Allah boleh tumbang PAS kalau CEPLOS buat betul-betul.
MOHD NASIR ABDULLAH
7 Disember 2025 – HARAKAHDAILY 7/12/2025
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.











