
DENGAR kata bising Kerajaan Negeri Terengganu ‘hambat’ ada yang kata peneroka FELDA, ada yang kata pekerja FELDA. Bollok sekali info. Tak ada grup Whatsapp ke? Kau jangan nanti PMX turun jadi cybertrooper sekali lagi.
Konon katanya hambat macam hambat budak tabika KEMAS di Dungun dulu, zalimlah maknanya sakning. Ada kisah kononnya bini nak bersalin tapi kena keluar rumah mana nak cari rumah sewa.
Untuk pengetahuan semua, yang disita ialah aset dan ladang komersial FELDA dan FGV sahaja. Rumah tak kena, ladang peneroka pun tak disentuh. Uh sedihnya, kantoi menipu.
Gambar di bawah ni ialah saya bersama dengan Alias Mamat, mantan Pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Dungun yang terlibat pada ketika kejadian kononnya ‘hambat’ pelajar-pelajar Tadika tahun 2000-2004 itu. Beliau juga AJK Umno Bahagian Dungun.
Kita sembang punya sembang, bila saya tanya pasal kejadian ‘hambat’ budak tadika tu dia senyum. Dia kata ada balai raya yang memang sengaja dibuat menjadi markas Umno. Padahal balai raya adalah premis kepunyaan kerajaan yang memerintah.
Dan walaupun sudah terima notis, mereka sengaja melambat-lambatkan proses keluar. Jadi dapatan punca kes adalah sama sebagaimana kenyataan hasil siasatan yang dikeluarkan oleh Kerajaan PAS masa tu.
Itulah antara punca terjadinya lakonan pengusiran kanak-kanak tadika dahulu, yang suruh budak-budak angkut kerusi, konon PAS zalim. Dia duduk premis orang tak ada kebenaran, bagus, adil, saksama. Inilah yang dipanggil demokrasi terpimpin Abdul Wahid.
Jadi jika ada Umno mana-mana tempat mahu mainkan semula drama lama ini, rakyat sudah tahu akan kebenarannya. Diceritakan sendiri oleh orang yang terlibat.
Untuk makluman, Alias Mamat sudahpun menyertai PAS pada 2023 kerana melihat sendiri perbezaan yang sangat besar dalam perjuangan PAS dan Umno. Siapa sangka kan? Dulu musuh, sekarang kawan.
Ok soalan sekarang, adakah FELDA ikut jejak langkah lakonan Umno dalam drama hambat budak tabika KEMAS tu, dalam isu menduduki tanah secara tidak sah ini?
Atau Umno memang jenis hak aku, jadi hak aku, hak orangpun jadi hak aku?
Mohon cybertroopers Umno siasat juga penarikan balik tanah-tanah TOL 2004-2018 dahulu. Peserta nak bayar, tapi tak diterima, kemudian tanah ditarik. Siasat isu ni sama ke tak. Isu tadika tu jauh sangat bezanya dengan isu tanah FELDA.
Kat manalah budak-budak tu sekarang kan? Kalau ada yang kenal, bolehlah buat reunion, kemudian tanya, dulu cikgu upah berapa sen berlakon angkat kerusi? Tapi kan, entah-entah semua dah jadi ahli PAS.
MOHD NASIR ABDULLAH
4 Disember 2025 – HARAKAHDAILY 4/12/2025
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.












