Usul gantung: Takiyuddin tuntut dibicara secara adil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) menuntut agar beliau diberikan perbicaraan yang adil (fair trial) dan hak untuk membela diri berhubung usul penggantungannya, dan bukannya dihukum secara ‘summary judgement’ melalui undian majoriti di Dewan Rakyat.

- Advertisement -

​Dalam ucapan penuh emosi ketika membahaskan usul Menteri Dalam Negeri hari ini, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) itu menegaskan beliau sedia dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi membuktikan kesnya, sama seperti prosedur yang pernah dilalui oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) pada tahun 2010.

​Takiyuddin mendedahkan kronologi yang menunjukkan wujudnya elemen ‘double jeopardy’ (hukuman berganda) apabila beliau dikenakan tindakan di bawah dua peraturan serentak bagi satu isu yang sama.

​“Saya dihadapkan dengan ‘double jeopardy’. Dua tuduhan dalam isu yang sama terhadap saya seorang. Dari segi undang-undang, ‘double jeopardy’ adalah tidak boleh sama sekali.

​“Pada 2 Disember, usul dikeluarkan terhadap saya (untuk gantung enam bulan). Usul (Ahli Parlimen) Pulai di bawah Peraturan 36(12) hanya ditarik pada 3 Disember. Ini jelas ‘double jeopardy’,” katanya.

​Takiyuddin turut merujuk kepada ‘precedent case’ Anwar Ibrahim pada 2010, di mana Ketua Pembangkang ketika itu dirujuk terlebih dahulu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung isu APCO, dan melalui prosiding selama empat hari sebelum laporan setebal 59 muka surat dibentangkan di Dewan Rakyat untuk pengundian.

​“Permatang Pauh telah digantung enam bulan setelah ‘due process’ (proses sewajarnya) dibuat oleh Parlimen. Jadi apa salahnya saya sebagai ‘the accused person’ (orang kena tuduh)?

​“Kalau sekiranya Yang Berhormat Menteri boleh meminda usul ini kepada merujukkan saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, saya masih lagi seorang Ketua Whip, saya akan mengarahkan rakan-rakan saya terima. Tidak perlu buat belah bahagi, kita boleh terima.

​“Hantar saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Right to defend myself (hak untuk membela diri). Ini (Dewan Rakyat) bukan tempatnya. Saya mungkin akan bawa saksi, saya akan bawa dokumen membuktikan kes saya,” tegasnya.

​Mengimbau kembali tahun 2015, Takiyuddin mengingatkan Ahli Parlimen kerajaan bahawa beliau pernah berdiri bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH) seperti Gobind Singh Deo (DAP-Damansara) dan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PAN-Kuala Selangor) menentang penggantungan Lim Kit Siang yang disifatkan sebagai undang-undang drakonian ketika itu.

​“Takkanlah saya nak dihukum begini? I don’t mind, I can go to court within six months (saya tak kisah, saya boleh ke mahkamah dalam tempoh enam bulan), tapi adakah ini standard kita mengendalikan kes?

​“Takkan nak menghukum saya melalui summary judgement (penghakiman terus) apabila saya ada triable issue (isu yang boleh dibicarakan). Bring me to Jawatankuasa Privilege. Kalau saya gagal, hukumlah saya. Give me a fair trial, please,” rayunya.

​Beliau turut mempersoalkan ketelusan proses apabila surat penarikan balik usul Pulai oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat hanya diletakkan di atas mejanya pada jam 7.30 malam semalam, sedangkan beliau tidak berada di Parlimen ketika itu.

​“Adakah fair (adil)? Dokumen ini diserahkan hanya hari ini saya nampak. So, how can we dapat keadilan macam ni Tan Sri? You have to be seen (anda mesti dilihat) sebagai adil,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 4/12/2025

- Advertisement -