Nafi Exco hantar surat mohon projek daripada PM

- Advertisement -

KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan menegaskan kerajaan negeri perlu meneliti surat yang didakwa dihantar oleh Exco Kerajaan Negeri kepada Perdana Menteri menggunakan terma memohon kelulusan bagi projek.

- Advertisement -

“Kita tidak akan memberi sebarang ulasan mengenai isu surat projek yang dibangkitkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sehingga dokumen tersebut diteliti dengan teliti,” tegas beliau sewaktu sidang media selepas mesyuarat Exco di Kota Darul Naim, hari ini.

Beliau menjelaskan, maklumat itu berpandukan mesyuarat Exco pada Rabu yang memaklumkan tiada seorang ahli mesyuarat negeri berbuat demikian.

“Saya dimaklumkan dalam mesyuarat, tidak ada Exco yang menghantar surat dengan menyebut nama syarikat secara spesifik,” katanya.

Beliau menekankan bahawa tidak semua surat berbentuk sedemikian boleh dikategorikan menyalahi peraturan dan Kerajaan Kelantan menafikan dakwaan Perdana Menteri bahawa terdapat Exco negeri yang menghantar surat menggunakan terma memohon kelulusan bagi projek.

Beliau berkata, kerajaan negeri bersikap profesional dan berhati-hati, dan tidak akan mengeluarkan kenyataan balas tanpa merujuk dokumen sebenar.

“Untuk membuat penjelasan menyeluruh, kita perlu melihat dahulu kandungan surat itu… konteksnya bagaimana, bentuknya macam mana. Tanpa dokumen itu, kita tidak boleh buat apa-apa kesimpulan,” tegas beliau.

Beliau juga menegaskan bahawa setakat ini, tiada Exco negeri yang membuat permohonan dengan menyebut nama syarikat secara spesifik. – HARAKAHDAILY 3/12/2025

- Advertisement -