
DAP tewas semua kerusi yang ditandinginya memperlihat pola pengundian menolak parti Malaya tetapi PERIKATAN NASIONAL (PN) juga perlu merekonstruksi kepimpinan kerana peratusan hilang deposit PN lebih tinggi berbanding Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Dalam keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah dilihat PAS mencipta rekod di antara parti-parti komponen PN dikesan paling efektif manakala BERSATU serta GERAKAN sokongan merosot ketara.
PAS menang julung kali dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) di N.16 Karambunai melalui calonnya, Datuk Dr Aliakbar Gulasan. Kemenangan Naib Pengerusi PN Sabah itu dengan majoriti 371 mengalahkan 10 calon lain termasuk penyandang – calon dari BN, Yakub Khan, dalam PRN17 menjadi asas kukuh sejak menubuhkan PAS Sabah, Mei 1986 yang dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 28 April 1985. Dalam catatan rekod PAS bermula satu kerusi di Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Melaka.
Datuk Dr. Aliakbar Gulasan duluan merupakan antara 6 ADUN lantikan bagi penggal 2020–2025, pernah memegang jawatan Pengerusi Kumpulan Medic Iman (KMI), Tawau Medical Centre (2025) dan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sejak 2023.
Beliau calon PN mewakili PAS di DUN Karambunai yang mempunyai 39,247 pengundi berdaftar menewaskan calon-calon dari Barisan Nasional (BN), Mohd Yunus Ibrahim (PBK), Matkri Kassim (PKS), Azman Fathil (GAS), Datuk Arshad Idris (GRS), Ajis @ Hates Abdul (SPP), Datuk Stephen Teo (STARSABAH), Ahmad Jais Otong (WARISAN), Raynold Saikam Salinggou (PERPADUAN) dan Adis Jalie (PIS). Angka rendah parti dari Malaya, iaitu PN (PAS 1),PH (PKR 1) dan BN (UMNO 6) dan masing-masing kosong DAP dan PAN. Manakala parti tempatan Sabah, GRS (29),Warisan (25),UPKO (3) STAR (2), KDM (1) dan Bebas 5.
GRS bersama UPKO, PH dan Bebas membentuk kerajaan negeri apabila Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman pada jam 3.05 pagi, 30 November 2025. Seterusnya menandatangani watikah pelantikan disaksikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi di Dewan Istiadat Istana Seri Kinabalu.
PN meletakkan 42 orang calon dengan 33 calon BERSATU dan 3 calonnya, iaitu Asmad Nasir di N49 Labuk, yang memperolehi 1,364 undi, Yunus Nurdin di N50 Gum Gum, yang memperolehi 1,894 undi, dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di N48 Sugut, yang memperolehi 3,498 undi, telah kalah tetapi tidak hilang deposit. Dua calon PAS, yang tewas, iaitu di N67 Balung, yang memperolehi 2,265 undi dan N71 Tanjung Batu, yang memperolehi 2,426 undi tetapi tidak hilang deposit kecuali N23 Petagas, N63 Kunak dan N72 Merotai mendapat lebih 500 sahaja.
Sebaliknya 30 calonnya tewas dan hilang deposit kerana mendapat kurang 500 undi termasuk 3 calon GERAKAN, iaitu N21 Luyang, N55 Elopura dan N56 Tanjong Papat. Antara calon BERSATU, iaitu N36 Kundasang, N26 Moyog, N46 Nabawan, N27 Limbahau, N08 Pintasan,N64 Sulabayan, N47 Telupid, N58 Lamag, N41 Liawan, N01 Banggi, N02 Bengkoka, N59 Sukau, N12 Sulaman, N73 Sebatik, N29 Pantai Manis, N66 Bugaya, N30 Bongawan, N62 Silam, N35 Sindumin, N53 Sekong, N70 Kukusan, N22 Tanjong Aru, N51 Sungai Manila, N13 Pantai Dalit, N32 Klias, N17 Darau, N24 Tanjung Keramat, N04 Tanjung Kapor, N52 Sungai Sibuga, dan N68 Apas.
Sementara Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Pengerusi PN Sabah yang memberi komentar usai pembentukan kerajaan Sabah baharu bahawa PN terus memperkasa struktur jentera dan merapatkan saf kepimpinan bagi mengembalikan keyakinan rakyat Sabah terhadap gabungan itu. Pemerhati politik merumuskan bahawa PN mesti merekonstruksi petinggi kepemimpinan dan merefleksi isu-isu dalaman yang terpalit korupsi dan toksid perlu disifarkan bagi mendepani pilihan raya kelak.
Oleh itu, usai PRN Sabah ke-17 yang mempertaruhkan seramai 596 calon bagi merebut 73 kerusi DUN mencatat parti tempatan khusus GRS dan Warisan mendapat undi tertinggi. Atas tadbir petinggi dikesan takdir memihak kepada GRS bukan suatu kebetulan.
Sekian.

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio @ Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 1/12/2025











