Dana Tani mampu ubah ekonomi belia Sabah

Kasman Karate bertanya khabar pengunjung Pasar Tamu Kunak.
- Advertisement -

LAHAD DATU: Dana Tani Belia (DTB) yang ditawarkan menerusi manifesto PERIKATAN NASIONAL (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini mampu mengubah ekonomi belia.

- Advertisement -

“Ini adalah salah satu inisiatif penting yang mampu mengubah landskap ekonomi belia, khususnya di Sabah. Inisiatif ini melibatkan Dana Tani Belia berjumlah RM100 juta,” ujar calon PN bagi DUN Kunak, Kasman Karate.

PN menyediakan peruntukan khas DTB berjumlah RM100 juta untuk memacu penggunaan teknologi moden dan automasi dalam kalangan usahawan tani muda bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengeluaran agromakanan.

“Inisiatif ini amat relevan dan bersesuaian dengan keperluan negeri kita yang kaya dengan tanah.

“Kita mempunyai tanaman sawit, buah-buahan, sayur-sayuran serta aktiviti ternakan kecil yang menjadi nadi kehidupan masyarakat setempat dan diusahakan oleh anak muda,” ujarnya.

Namun, kata beliau realitinya ramai belia yang bekerja dalam sektor ini berhadapan kekangan modal, kekurangan peralatan moden, dan akses teknologi yang sangat terhad.

Menurutnya, mereka mempunyai semangat, tenaga dan keinginan untuk maju, tetapi tanpa sokongan yang kukuh, potensi mereka tidak dapat dipenuhi sepenuhnya.

Justeru, ujar beliau dengan adanya DTB, belia pertanian dapat menikmati pelbagai kemudahan.

Menurutnya, antara impak terpenting ialah kemampuan untuk memiliki mesin moden bagi kerja-kerja kebun, penggunaan sistem automasi kecil seperti drip irrigation, traktor mini, dan tanaman bertingkat yang dapat meningkatkan pengeluaran di kawasan tanah terhad.

Ini, tambahnya bukan sahaja mengurangkan kos operasi petani kecil, malah mampu meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil.

Kasman percaya dana itu membuka ruang kepada lahirnya lebih ramai agropreneur muda yang berdaya saing dan inovatif.

Beliau berkata, mereka bukan sekadar pengusaha tani, tetapi penggerak ekonomi baharu yang mampu menambah baik rantaian nilai agro di Sabah.

“PERIKATAN NASIONAL prihatin terhadap perkembangan ekonomi Sabah dan pembangunan skil anak muda di negeri ini. Saya percaya, PERIKATAN NASIONAL akan Kasi Bagus Sabah,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/11/2025

- Advertisement -