Trump tidak pernah puji pejuang Palestin tanda HAMAS benar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Senator Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan antara tanda kebenaran perjuangan Harakah al-Muqawwamah al-Islamiyyah (HAMAS) dan pejuang Palestin ialah apabila Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tidak pernah ‘memuji’ mereka.
 
“Antara tanda benarnya HAMAS dan pejuang Palestin adalah Trump tidak pernah memuji mereka,” ujar beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat secara ringkas dalam media sosial miliknya hari ini.
 
Terdahulu media antarabangsa melaporkan Trump memuji kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim susulan kejayaan memeterai Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand.
 
Beliau menyifatkan Malaysia sebagai pengantara berkecuali yang berjaya membantu menyelesaikan konflik sempadan dua negara ASEAN itu dalam masa dua hari.
 
Trump turut dilaporkan menegaskan gencatan senjata di Gaza masih kekal walaupun berlaku serangan Israel yang mengorbankan penduduk Palestin.
 
Beliau memberi amaran keras kepada HAMAS agar tidak melanggar perjanjian dan menegaskan Israel berhak membalas jika diserang.
 
Walau bagaimanapun, HAMAS menafikan penglibatan dalam insiden Rafah serta menegaskan komitmen terhadap gencatan senjata, menurut laporan pihak media. – HARAKAHDAILY 30/10/2025

- Advertisement -
- Advertisement -