
Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa Israel teguh mempertahankan keamanan di Gaza meskipun telah menandatangani gencatan senjata. Baginya Israel negara berdaulat yang berhak menentukan dan bertindak atas pertahanan sendiri. Sikap tidak kompromi itu dilihat Israel berupaya memperkuat implementasi gencatan senjata di kawasan berkenaan pascakunjungan pegawai tinggi Amerika Syarikat (AS).
Serangan udara Israel makin meningkat yang mensasarkan pejuang Hamas dan Hizbullah di kedua-dua wilayah tersebut. Beliau dengan nada tegas menolak campur tangan asing bagi pengawasan gencatan senjata malah keterlibatan pasukan tentera antarabangsa dari negara-negara Arab atau muslim dilarang keras. Namun pihak Israel akan menentukan negara yang diinginkannya sekali gus menolak Hamas dalam libat urus pemerintahan di Gaza. Kenyataannya ketika menghadapi kasus tuduhan pembantaian atau genosida oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Beliau didapati bersalah sebagai penjahat perang yang menjadi dalang tragedi kemanusiaan di Gaza. ICC memerintahkan Netanyahu segera ditangkap dan dihukum melalui surat perintah menyebabkan beliau menjadi buruan di seluruh dunia. Beliau tidak boleh bepergian bebas. Ini suatu penghinaan terbesar dialami tokoh pemimpin sebuah negara.
Sementara Netanyahu melanjutkan bicara bahawa Israel tidak akan meminta izin untuk melancarkan serangan di Gaza atau Lebanon, meskipun menyetujui kesepakatan gencatan senjata dipetik sumber AFP, dan Xinhua minggu akhir Oktober 2025. Dalam waktu sama, Netanyahu menyatakan penolakannya terhadap keterlibatan Turkiye dalam pasukan tersebut.
Ini bertentangan dengan perkara pasukan keamanan global merupakan bagian dari kesepakatan gencatan senjata yang dimediasi AS. Rencananya, pasukan tersebut akan melibatkan sejumlah negara Arab dan Islam untuk membantu menstabilkan situasi di Jalur Gaza serta memastikan gencatan senjata tetap berjalan.
Dalam catatan sejarah kerajaan Yahudi, iaitu kerajaan Daud, kerajaan Hasmonayin dan negara Zionis Israel tidak mampu bertahan lebih lapan puluh tahun. Malah 2017 Benjamin Netanyahu pernah mengungkapkan bahawa kegelisahan tentang masa depan Israel. Beliau merencana Zionis Israel mempertahankan pemerintahan mencapai 100 tahun tetapi pemikir Yahudi empati atas perpecahan masyarakat, luas korupsi, konflik dalaman antara faksi Yahudi punca kehancuran.
Elemen luar yang mengukuhkan andaian kehancuran negara Zionis Israel, iaitu keyakinan kelompok Yahudi yang berbeda kerana tegas pegangan ajaran Taurat melihat Zionisme melawan kehendak Tuhan. David Wais, seorang Rabbi di Amerika selaku jurubicara bertauliah dari kelompok sederhana yang bermarkas di Brooklyn, New York dalam wawancara dengan Ahmad Mansyur dalam program Houdud al Jazeera telah mengungkapkan bahawa Zionis suatu gerakan bertentangan dengan ajaran Yahudi.
Ia menegaskan pengasas Zionisme seperti Hertzel merupakan individu tiada fahaman agama bahkan sebahagian dalam kalangan pelopor Zionisme berfahaman ateis. Beliau yakin suatu ketika Allah telah mentakdirkan hukuman terhadap kaum Yahudi, iaitu migrasi yang tidak berakhir kerana perbuatan keterlaluan dan dosa yang mereka lakukan malah mereka dilarang mendirikan negara sendiri hingga kedatangan nabi Isa.
Beliau berkeyakinan bahawa akan tiba suatu waktu negara Zionis akan makzul atau dibubarkan. Uniknya pemikir sederhana menyatakan sebuah kelompok Yahudi yang didirikan 1935 jauh sebelum berdirinya negara Zionis Israel 1948 dengan misi tak berubah menghalangi sikap negara Zionis dan konsisten menentang penjajahan Zionis di Palestin.
Benjamin Netanyahu merupakan penjenayah buruan yang bermimpi kemenangan di Palestin. Itu hanya fatamorgana dan mimpi yang sia-sia kerana kekalahan rakyat Palestin hanyalah mitos fikiran sekutu penjenayah seperti Ben Gvir, Smotrich dan Aminchai Aliyahu perompak warisan Palestin kerana setiap jiwa yang hidup akan mati termasuk Netanyahu sama ada cepat atau lambat.
Rakyat Palestin tetap bebas merdeka dan satu hari kelak anak Palestin akan menulis nama Netanyahu di atas batu nisan di satu tempat pembuangan sampah sejarah dengan ungkapan “ini adalah seorang pembunuh bukan pejuang”.
Oleh itu, penjenayah menemui jalan pulang tanpa damai dan tenteram malah mereka dikecam massa atas sikap kendiri yang keterlaluan menafikan nilai kemanusiaan sejagat.

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio @ Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 30/10/2025











