Dato’ Tuan Ibrahim dilantik Pengerusi PN Pahang

Tuan Ibrahim Tuan Man
- Advertisement -

KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, sebagai satu komitmen serius ke arah menjayakan agenda menawan negeri itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

- Advertisement -

Pelantikan tersebut diumumkan selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin, malam ini.

Mesyuarat berkenaan turut membincangkan beberapa perkara penting termasuk penyertaan PN dalam Pilihan Raya Negeri Sabah dan pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan PN bagi seluruh negeri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, mesyuarat sebulat suara bersetuju bahawa PN akan mengambil bahagian secara aktif dalam Pilihan Raya Negeri Sabah.

PN juga sebagaimana kenyataan tersebut, telah mengenal pasti kerusi-kerusi tumpuan yang akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan PN Negeri-negeri akan berkuat kuasa pada 28 Oktober 2025, dengan antara tokoh utama yang diumumkan ialah Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor (Kedah).

Juga Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Ahmad Yakob (Kelantan), Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali (Selangor), Dato’ Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Terengganu) dan Dato’ Seri Dr Ronald Kiandee (Sabah).

PN turut menegaskan komitmen untuk terus memperkukuhkan wadah perjuangan sebagai sebuah gabungan politik yang inklusif, progresif dan prihatin terhadap rakyat. – HARAKAHDAILY 27/10/2025

- Advertisement -