
PADA 26 Oktober 2025, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia mengumumkan pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (Reciprocal Trade Agreement) bagi mengukuhkan hubungan ekonomi dua hala. Perjanjian ini dibina atas asas Trade and Investment Framework Agreement (2004) dan bertujuan meningkatkan akses pasaran, pelaburan serta kerjasama dalam sektor strategik seperti digital, tenaga dan mineral kritikal.
Kandungan utama perjanjian
• Komitmen Malaysia:
a. Membuka pasaran kepada produk industri dan pertanian AS (termasuk kenderaan, produk tenusu, ayam, beras, dan etanol).
b. Melonggarkan lesen import, piawaian halal dan piawaian keselamatan kenderaan.
c. Tidak mengenakan cukai digital terhadap syarikat teknologi AS.
d. Tidak mengenakan sekatan eksport bagi mineral kritikal dan nadir bumi.
e. Meningkatkan penguatkuasaan buruh, alam sekitar, dan antipemalsuan.
• Komitmen Amerika Syarikat:
a. Mengekalkan tarif 19 peratus terhadap barangan asal Malaysia.
b. Menyokong pelaburan dan pembelian komersial besar bernilai lebih USD150 bilion (termasuk LNG, semikonduktor, dan aeroangkasa).
Penilaian dasar
Walaupun perjanjian ini membawa potensi pelaburan dan peluang eksport tenaga kepada Malaysia tetapi imbangan faedah berat sebelah kepada Amerika Syarikat.
• AS memperoleh:
a. Akses pasaran yang lebih luas,
b. Perlindungan digital dan pelaburan,
c. Kawalan terhadap sumber strategik Malaysia,
d. Pengecualian cukai digital syarikat AS,
e. Pengecualian cukai beberapa barang import AS,
f. Kenderaan import dari AS tidak dikenakan takrif.
• Sebaliknya, Malaysia:
a. Mengorbankan sebahagian kawalan peraturan,
b. Menghadapi risiko dominasi syarikat asing,
c. Serta tidak memperoleh akses istimewa ke pasaran AS bagi sektor utama (sawit, E&E, getah).
Kesimpulan dan syor
Perjanjian ini berat sebelah dan lebih menguntungkan Amerika Syarikat dari segi ekonomi dan strategik. Malaysia disyorkan perlu menilai semula:
a. impak domestik terhadap industri tempatan dan pekerja.
b. Merundingkan semula akses timbal balik sebenar bagi produk utama Malaysia.
c. Menetapkan garis panduan pelaksanaan jelas agar pelaburan AS membawa manfaat teknologi dan pekerjaan kepada rakyat tempatan bukan sekadar keuntungan eksport.
d. Persaingan terbuka untuk kenderaan buatan Malaysia.
Perjanjian ini membuka peluang pelaburan besar tetapi pada masa yang sama meletakkan Malaysia dalam posisi ekonomi yang lebih terdedah kepada pengaruh dan dominasi perdagangan Amerika Syarikat.
ANAS SOFFY ABD WAHID
Pengarah Penerangan PAS Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 27/10/2025











