
Tentera Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza apabila kereta kebal tenteranya melepaskan tembakan meriam ke arah orang awam di bandar Bani Suhaila serta kawasan kejiranan Sheikh Nasser, di timur Khan Younis dan Kota Gaza, dilapor Agensi Berita Palestin WAFA dan Media Kerajaan Gaza, melaporkan seramai 38 orang terbunuh dan 143 lagi cedera.
Laporan pelbagai media luar mendapati tentera Israel telah melakukan 47 pelanggaran sejak perjanjian gencatan senjata bermula pada 10 Oktober lalu. Pendekatan agresif Israel berterusan walaupun pascapengisytiharan gencatan senjata kerana Netanyahu telah hilang kemampuan politik dan dukungan rakyatnya untuk melanjutkan perang di Jalur Gaza tetapi yang menentukan arah perang Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat ketika beliau berkata bahawa perang benar-benar berakhir, dipetik kenyataan ketua kordinator dua negara Yariz Oppenheimer di Tel Aviv dari sumber spiritofaqsa.or.id dalam wawancara dengan al Jazeera.
Namun Zionis Israel terang-terangan melanggar keputusan gencatan senjata serta peraturan undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Dalam kenyataan media al Jazeera tentera Israel secara langsung menembak dan mengebom orang awam, selain turut melakukan beberapa tangkapan.
Inilah watak sebenar Zionis Israel apabila meneliti kisah dan sirah serta surah bahawa mereka gemar berpaling dan sifat pengkhianatan terutama kepada Nabi Musa alaihissalam, iaitu utusan kepada kaumnya. Meskipun mereka menyaksikan mukjizat laut terbelah menyebabkan Firaun binasa dan Nabi Musa menyelamatkan mereka. Namun menolak ajaran Nabi Musa kerana takut kematian.
Kemudian datang pula Nabi Isa alaihissalam membawa kebenaran melalui kitab Taurat tetapi mereka menolak dan menuduh Nabi Isa berdusta. Pengakhirannya mereka menyalib kononnya Nabi Isa tetapi Allah menyelamatkan Nabi Isa yang tertera dalam Quran surah An Nisa ayat 157, mereka tertipu oleh prasangka semata-mata.
Sejarah mencatatkan Bani Israel mengulangi sajarah kejahatan dan tipu daya atas menolak kebenaran sejak Nabi Musa hingga Nabi Muhammad SAW. Kini pelanggaran perjanjian gencatan senjata dan penindasan oleh Israel terhadap Palestin berlanjutan.
Meskipun penindasan dan pembantaian terhadap muslim tetapi umat Islam tidak diam berdasarkan catatan plot Shafiyyah Abdul Muttalib, Bibi Nabi Muhammad SAW membunuh mata-mata musuh demi melindungi wanita dan kanak-kanak yang bertahan di benteng Hassan bin Tsabit, iaitu Bani Nadhir yang tinggal berdekatan Madinah. Mereka mahir membuat senjata berat untuk menyerang Nabawi tetapi rencananya gagal. Bani Quraizah juga terangan mengkhianati Piagam Madinah ketika perang Ahzab dengan turun dari benteng dan menebar teror ancaman dan ketakutan serta keganasan ke rumah-rumah kaum muslim.
Pengkhianat kepada Rasulullah SAW oleh dua suku Yahudi di Madinah, iaitu Bani Nadhir dan Bani Quraizah yang menandatangani Piagam Madinah untuk menjaga kota Madinah tetapi berpakat dengan kafir Quraisy menggempur kaum muslim dari dalam.
Kaum Yahudi berpecah kepada banyak kumpulan kerana saling menuding kekafiran dan memomok keyakinan atas naratif palsu yang mengakibatkan hidup mereka kehilangan arah hakikat Nabi Isa dan risalah hingga hidup selama 40 tahun dalam kebingungan dan kini Israel alami sindrom marah dan panik akibat imej buruk kerana kalah perang selama dua tahun.
Israel gagal mengusir warga Palestin dari Gaza dengan segala cara untuk melumpuhkan HAMAS, malahan gagal membebaskan tawanan meskipun dengan paksaan. Dengan gencatan senjata mereka sepakat membebaskan tawanan tetapi komplikasinya mereka licik untuk melanjutkan perang terutama di Rafah banyak pelanggaran hukum tetapi menyalahkan HAMAS atas pemberitaan masif yang tersebar luas media global.
Masyarakat dunia perlu difahamkan bahawa sifat dan sikap Zionis Israel luar perspektif manusia normal. Ini kerana Netanyahu dan petinggi Zionis Israel seperti Menteri Keselamatan, Itamar Ben Gvir dan Menteri Kewangan, Smotrich serta ekstremis dalam kalangan Zionis Israel yang berkuasa penuh tidak mengizinkan warga Palestin hidup.
Mereka selalu berusaha mengalahkan Gaza termasuk melancarkan serangan udara ke atas HAMAS, dalam waktu pasca gencatan senjata telah mengorbankan sekurang-kurangnya 45 rakyat Palestin seperti dilapor agensi pertahanan awam Gaza, tetapi dalam kasus lapangan dikesan Israel akan gagal. Mereka sering retorik apabila mendakwa serangan itu atas tindak balas terhadap serangan pejuang HAMAS yang membunuh dua anggota Israel berhampiran Rafah.
Dengan itu, Israel menghentikan sementara bantuan kemanusiaan ke Gaza dan menyasarkan beberapa lokasi yang didakwa sebagai pangkalan HAMAS. Situasi di wilayah bergolak kekal tegang ketika gencatan senjata telah berkuatkuasa kerana Zionis Israel panik dan imejnya rosak teruk dari kaca mata masyarakat global.
Oleh itu, bahasa paling ampuh hadapi manusia luar sifat kemanusiaan, iaitu PBB perlu kirim pasukan ketenteraan mengelola dan menamatkan pengkhianatan Israel terhadap hukum global.

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio @ Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 23/10/2025











