Israel kalah dari segi politik, HAMAS menang

- Advertisement -

MARANG: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan tentera Israel yang selama ini digelar sebagai tentera tidak boleh dikalahkan akhirnya tewas dari segi politik apabila berdepan dengan pejuang Harakah al-Muqawwamah al-Islamiyyah (HAMAS) di Gaza.

Beliau berkata, walaupun Israel dibekalkan dengan pelbagai peralatan dan sokongan ketenteraan daripada kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Perancis, Britain dan Jerman, namun kekuatan itu tidak mampu menewaskan semangat juang umat Islam di Gaza.

“Allah Taala boleh buat macam-macam. Berlaku di Gaza hari inilah. Tengok Israel, dia punya kekuatan bala tenteranya. Tentera Israel tentera yang tidak boleh dikalahkan sekali-kali. Ini slogan tentera Israel.

“Kerana semua kuasa besar dunia (termasuk) Amerika, Perancis, British, Jerman, beri senjata ke dia (tentera Israel) untuk lawan orang Islam, untuk jaga (mengawal) orang Islam.

“(Termasuk Israel diberi bantuan) Senjata dia, kapal terbang, pejuangnya, kereta kebal dan segala-galanya,” ujarnya ketika menyampaikan kuliah Dhuha Jumaat di Masjid Rusila di sini Jumaat lalu.

Tuan Guru yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, wilayah Gaza yang kecil jika dibandingkan dengan keluasan negeri di Malaysia seperti dari Marang ke Dungun atau Kemaman, tetap mampu bertahan hasil pertolongan Allah SWT.

“Gaza ni satu wilayah yang kecil saja. Wilayahnya berjuta orang je. Lawan. Dengan pertolongan Allah Taala. (Israel) Kalah! Gencatan senjata hari ni sebenarnya dia (Israel) kalah. Dia nak mengundur malu. Dia nak mengundur, orang kata dia kalah. Dia tak undur.

“Perang. Tembak, tembak, tembak. Tak peduli, tak peduli, panggil Amerika tolong dia. Amerika pun panggil negeri-negeri Islam ajak pakat buat gencatan senjatalah. Berhenti peranglah,” jelasnya.

Menurut beliau, ramai yang tidak memahami hakikat bahawa dari segi politiknya, Israel sebenarnya kalah, manakala HAMAS berjaya mencapai kemenangan walaupun beroperasi dalam keadaan serba kekurangan.

“Padahal HAMAS duduk dalam tanah saja. (Tentera Israel) Bom bangunan bom apa dia bom bangunan runtuh bangunan koho (makin) kukuh hat dalam tanah itu.

“Bila bangunan runtuh kan batu duduk timbus atas? Koho kukuh. Nak masuk (guna) kereta kebal tak boleh masuk dengan alat-alat jentera tak boleh.

“HAMAS _tubik_ (keluar) ikut celah celah batu, tembak. Tembak orang dia (tentera Israel) seorang-seorang. Akhirnya (Israel) kalah, tak mahu mengaku kalah buat gencatan senjata,” terangnya.

Dalam pada itu, Tuan Guru menegaskan bahawa peperangan antara umat Islam dan rejim Zionis Israel tidak akan berakhir selagi Allah SWT belum memusnahkan bangsa Yahudi.

“Tapi kita kena sedarlah, perang itu tak habis sampai bila-bila (sehingga) akan Allah Taala hapuskan Yahudi ni,” katanya yang juga bekas Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan, HAMAS mengesahkan perjanjian gencatan senjata dengan Israel yang merangkumi pengunduran tentera Israel, pertukaran tahanan serta kemasukan bantuan kemanusiaan.  

- Advertisement -

Persetujuan itu dicapai hasil rundingan bersama beberapa faksi Palestin berdasarkan cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dengan perantaraan Qatar, Mesir dan Turkiye.

Trump turut mengumumkan ia sebagai fasa pertama pelan damai 20 perkara yang bertujuan menamatkan konflik dua tahun di Gaza. – HARAKAHDAILY 13/10/2025

- Advertisement -