Dua tahun Taufan Al-Aqsa: Mendedahkan wajah sebenar Zionis Israel

- Advertisement -

OPERASI Taufan al-Aqsa yang dilancarkan oleh HAMAS pada 7 Oktober 2023 yang lalu menjadi titik penting konflik Palestin-Israel sejak penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948.

Zionis Israel bukan sahaja gagal menghapuskan HAMAS bahkan pengaruhnya makin meluas di kalangan rakyat Palestin. HAMAS adalah gerakan yang datang dari denyut jantung rakyat Palestin yang mahu melihat kemerdekaan tanah air mereka dari penjajahan Zionis Israel.

HAMAS yang membawa wadah Islam menjadi harapan baharu rakyat Palestin setelah kegagalan wadah nasionalisma Arab.

HAMAS serta kumpulan pejuang Palestin yang lain bukanlah ‘gerakan pengganas’ tetapi sebuah gerakan pembebasan yang diiktiraf oleh rakyat Palestin serta undang-undang antarabangsa.

- Advertisement -

Penentangan rakyat Palestin terhadap penjajahan rejim pengganas Zionis Israel  bukanlah keganasan tetapi hak yang sah berdasarkan undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan sebagaimana Piagam PBB dan beberapa resolusi PBB, khususnya Resolusi 3070 (XXVIII), di samping Resolusi No. 2649/1970, 2787/1971 dan 3103/1974, yang menegaskan kewajaran perjuangan rakyat untuk membebaskan diri daripada penjajahan dan penaklukan asing dengan segala cara.

Dua tahun Taufan al-Aqsa telah berjaya mendedahkan wajah sebenar Zionis Israel yang sekian lama disolek oleh sekutu Imprealisma Barat sebagai entiti yang mulia dan perlu diberikan hak. Rupa-rupanya ia adalah ‘barah’ yang merosakkan alam semesta.

Masyarakat antarabangsa khususnya Barat mula mempersoalkan pelbagai perkara yang membabitkan Zionis dan Yahudi seperti perjanjian Balfour, Holocaust, peristiwa 9/11, kekebalan Israel dari tindakan undang-undang, campurtangan dalam pentadbiran Amerika Syarikat, skandal Epstein dan lain-lain lagi.

Sebagaimana ramalan dan ungkapan ramai penganalisa geopolitk dunia ketika ini, ianya adalah permulaan kepada keruntuhan ‘empayar’ rejim pengganas Zionis Israel yang dicipta Barat untuk menguasai Timur Tengah seterusnya ‘mematikan’ mitos ungkapan pengganas terhadap rakyat Palestin yang selama ini memperjuangkan pembebasan dan kemerdekaan tanah air mereka.

“Kembali Kepada Penyelesaian Islam”

DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
ADUN Batu Buruk
14 Rabiul Thani 1447 bersamaan 7 Oktober 2025 – HARAKAHDAILY 7/10/2025

- Advertisement -