Petinggi Zionis Israel dikucil massa

Benjamin Netanyahu
- Advertisement -

KELOMPOK Israel Yahudi menggunakan keyakinan agama sebagai alasan pemukiman dan menganggap Palestin merupakan tanah yang dijanjikan Tuhan untuk penganut Yahudi. Dakwaan mereka bahawa tanah Palestin hak Bani Israel keturunan Nabi Yaakub bin Ishak dan cucu Nabi Ibrahim sebagai hujah konkrit yang tertera dalam al-Quran.

- Advertisement -

Normalisasi Israel Yahudi perlu diteliti dari perspektif agama dan sejarah berasaskan sifat kaum Yahudi di dalam al-Quran menjelaskan bahawa habit dan kesukaan mereka, iaitu menyembunyikan kebenaran dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 42 dan ayat 68 hingga 71 tentang sikap keras kepala atau degil. Manakala dalam surah az-Zukhruf ayat 49 dan 50 tentang ingkar janji-janji al-Quran.

Dalam surah an-Nisa pula ayat 53 tentang bakhil dan tamak malah ayat 46 mereka mempermainkan ayat-ayat Allah. Sifat Yahudi sering berbuat dosa, menyebarkan permusuhan dan memakan benda haram terkandung dalam surah al-Maidah ayat 62 dan 63, dan surah al-Imran ayat 112 merekodkan amalan suka membunuh para nabi Allah.

Sementara Zionis merujuk kepada sebuah gerakan politik yang dipelopori oleh Moses Hess untuk menubuhkan negara haram Israel. Zionis merupakan sebuah ideologi politik yang menggunakan nama “Yahudi” sebagai asas perjuangan mereka melaluinya gerakan politik bagi orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula “tanah yang dijanjikan” untuk bangsa Yahudi di Palestin pada abad ke-19 yang ketika itu dikuasai oleh kerajaan Uthmaniyah Turki.

Dalam hal dakwaannya, Allah tidak memilih suatu umat berdasarkan kaum dan keturunan. Bani Israel hanya menjadi bangsa pilihan ketika mereka memeluk Islam dan mempercayai Allah meskipun segelintir kalangan mereka terjerumus kelompok musyrik atau kekafiran zaman itu.

Tanah Palestin dianggap berkat kerana menjadi tempat tinggal para nabi dan rasul Allah serta penyebaran risalahnya. Di antara rasul yang terkait dengan Palestin termasuk Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman dan Nabi Isa. Mereka adalah keturunan dan jalur Nabi Yaakub.

Sejarah lampau pengikut Nabi Musa diperintahkan untuk membebaskan Palestin namun mereka menolak masuk ke Palestin kerana ketakutan terhadap kekuatan bangsa Kanaan. Mereka mencipta alasan tidak merebut kembali tanah Palestin dengan keyakinan bangsa Kanaan keturunan Ham antara salsilah Nabi Nuh terlalu kuat untuk dikalahkan. Pengikutnya mengejek dan menolak ikut serta Nabi Musa atas risalah beriman kepada Allah. Kisah ini terdapat dalam Quran surah al-Maidah ayat 21 hingga 26 secara jelas mereka golongan fasik yang mengembara kebingungan di bumi.

Pemukiman orang Yahudi di Palestin dianggap peristiwa yang menanti saatnya, iaitu keutamaan akan diberi kemenangan oleh Allah. Sarjana Islam tersohor Syeikh Athiyah Saqr mantan ketua Lujnah Fatwa Al Azhar menjelaskan bahawa sebelum kelahiran Nabi Isa terdapat sebuah suku keturunan Nabi Ibrahim yang tinggal di tepi sungai Efrat atau al Furat. Kawasannya subur untuk bercucuk tanam dan mengembala ternakan sebagai sumber kehidupan kemudian berpindah ke arah Barat melintasi daerah Aluviar atau Mesir Hulu. Mereka dikenal sebagai orang Ibrani dan kini dikenal sebagai orang Yahudi.

Mereka berpindah-randah dalam perjalanan tanpa tujuan hingga akhirnya tiba di Mesir dan hidup dengan damai selama 5 abad. Selama itu orang Yahudi mengalami perlakuan tidak adil dan penindasan oleh penguasa Mesir, iaitu Firaun. Nabi Musa diutuskan untuk menyelamatkan mereka dan di bawah pimpinan Nabi Musa, mereka diberi petunjuk dan dibimbing tauhid beriman kepada Allah. Diaspora mereka melewati Sinai menuju suatu destinasi sebagai tempat tinggal baharu.

Pemukiman di Palestin secara ilegal dihadap pengadilan antarabangsa dan Presiden Israel Benjamin Netanyahu terkucil apabila majoriti negara di dunia menolaknya dan pengakuan pada Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Beliau diasak dan ditinggalkan di podium PBB serta penentangan warganya sendiri hingga ribuan warga Israel menandatangani petisyen menghentikan genosida dan kekejamannya di jalur Gaza. Warganya ikut kebersamaan pengakuan negara Palestin yang menjadi bencana pada Netanyahu termasuk menjatuhkannya dari tampuk tahkta kelak.

Rumusannya plot perang Israel tidak berakhir tetapi menjadi sempadan dan teladan kepada pencinta keamanan dan kerohanian bahawa upaya pelan tindakan ketenteraan, sekatan perdagangan senjata dan ekonomi sekali gus sikap upaya AS terhadap ilegal di Palestin untuk mengakhiri kekejaman Israel.

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio @ Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 30/9/2025

- Advertisement -