
PAS ‘tepu’, kata Pensyarah Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub yang menyebabkan anak muda khusus kumpulan atas pagar dan tidak berparti tidak mendorong mengundi dan menjauhkan diri daripada PAS.
Tepu ertinya sendat, penuh dan tidak boleh menampung namun dalam konteks politik PAS sebuah organisasi Islam yang berfungsi selain politik raih kuasa.
PAS ada pendidikan rendah hingga pengajian tinggi, ada usrah, ada temu sua mesyuarat, ada liqa’ dan pelbagai wadah berkongsi dan menjana minda konstruktif.
PAS satu-satu parti politik tidak daif pemimpin baik imam solat dan pelbagai acara keagamaan malah pimpinan tidak berebut jawatan kerana kepimpinan suatu amanah yang menjadi tanggungjawab untuk umat dan perhitung dosa pahala sama ada aset di akhirat kelak.
Kepimpinan yang ada sifar kes rasuah malah berjaya menjadikan PAS parti terbesar yang menang banyak kerusi parlimen dan DUN.
Sebaliknya yang ‘tidak tepu’ apabila parti lain dibelenggu kes rasuah, sehingga prestasi mereka makin merudum.
Penganalisis yang berkata PAS tepu kerana mereka tidak melihat parti lain berebut jawatan, gila kuasa dan tidak aplikasi sifat dan prinsip agama. Malah tidak faham bacaan iktidal dalam apapun solat.
Penganalisis ini tahu berkomentar prinsip dan teori di makmal hasil telaah panjang tetapi tidak praktikal dalam perlumbaan meraih kuasa dalam demokrasi tanpa sumber rujukan sahih, terjadilah kepincangan dan kemaraan rakyat seperti korupsi membarah di negara jiran.
PAS di bawah Presiden Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah memimpin PAS selama lebih dua dekad dan kekal dihormati sebagai tokoh penyatu parti.
Kepimpinan Tuan Guru Abdul Hadi bukan sahaja berakar ilmu dan pengalaman, malah dihormati di peringkat antarabangsa sebagai suara gerakan Islam.
Malah taat siaga ahli kepada beliau berasaskan kepercayaan bahawa beliau masih berupaya mengendali parti dalam landskap politik Malaysia yang dinamik.
Inilah yang menjadikan PAS terus kukuh walaupun ketiadaan perubahan saf kepimpinan utama bukan ketiadaan idea baharu, tetapi dalam PAS, usul asal terhasil secara kolektif.
PAS kekal sebagai parti paling stabil dalam politik Malaysia.

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio @ Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 9/9/2025











