
Dalam demokrasi etika komunikasi dan polisi yang tidak berada pada posisi selayaknya, iaitu jurang pemerintah elit kaya raya dan rakyat miskin rawa mengundang negara huru hara. Golongan elit pemerintah yang hilang moral dan kurang kejujuran akan berlaku unjuk rasa bertukar menjadi unjuk paksa kerana rakyat kecil yang mencari kehidupan sesuap nasi untuk kehidupan apalagi jika mereka di tahap pengkhianat dan perosak negara.
Mereka bukan pembenci nusa tetapi cinta pada nusa yang mahukan kehidupan makmur bukan dikhianati amanah dan dipijak lalu disuruh bangun apalagi provokasi membuang kalimat hak istimewa dalam kanun negara. Elemen para pejawat elit korupsi ketika rakyat awam sengsara hanya menghancurkan bangsa di nusa sendiri.
Ini menyebabkan rakyat makin berani bersuara lantang tanpa basa basi. Malahan mereka sudah muak ditipu dan diperlaku berkali-kali khusus tentang Islam dan simbol negara kerana bulan sabit pada bendera negara sebagai simbol agama Islam dan bintang itu tanda negeri bernaung di bawah Persekutuan.
Negara tidak kekurangan orang bijak tetapi kekurangan orang yang ikhlas dan amanah, apabila akal dan hati mengawal garasi material maka jadilah manusia yang hilang empati dan prihatin. Hal yang terbaik dilakukan pemimpin, iaitu keyakinan kompeten tadbir urus dan di peringkat terbaik. Indikator moral dan nilai utama pemimpin perlu memiliki sifat amanah dan kerendahan hati kerana sebagai manusia sama ada elit dan rakyat atas wadah takdir di depan luar nalar manusia malah tidak terlepas menahan musibah kepimpinan kelak.
Kelangsungan pemerintahan perlu ada sifat peduli dan empati kerana dalam diaspora nilai budaya Melayu diikat melalui kekuatan dalam saf, menyamakan persepsi misi dan gerakan yang sederap merupakan nilai keberanian yang menjadi elemen bangsa.
Ekspresi “Turun Anwar” pada unjuk rasa Ogos 2025 oleh rakyat pelbagai lapisan, iaitu kaum marhaen, kesatuan buruh, mahasiswa, para pejabat kerana rakyat merasa resah atas kos kehidupan meningkat dan rakyat kurang pekerjaan apalagi wujud dinasti politik yang merugikan negara dan umat.
Malah tokoh negarawan, iaitu Tun Mahathir turun di lapangan untuk menuntut janji-janji pemimpin, menyampai dan memperjuangkan aspirasi perubahan negara dan prestasi kepimpinan yang lebih bijaksana dapat merekayasa negara ketika situasi aman dan kewangan negara secara holistik ekonomi berkembang berdasarkan laporan media dan forum oleh kerajaan.
Pemerintahan era kerajaan Madani dilihat wujud pelanggaran konsituensi dan tidak konsisten dalam hukum negara didakwa sebagai persepsi menuntut kerajaan perlu fokus mengatasinya bukan penjawat esksekutif produk korupsi. Tambahan undang-undang yang digubal dilihat wujud kepentingan kelompok, memperkaya individu dan mengundang kesengsaraan pada masyarakat sedangkan kepercayaan ahli masyarakat yang beragama selama dasar dan undang-undang wujud kalian mendapat dosa meskipun telah meninggal dunia.
Sebaliknya negara terdedah keberangkalian musibah apabila membuka ruang dan peluang mengembangkan politik dinasti, iaitu bahasa undang-undangnya nepotisme. Ia melawan prinsip demokrasi dan rukun negara sekali gus pelanggaran hukum dan kejahatan kerana mereka takut menghadapi persaingan positif dan saksian hukum.
Pemimpin tidak harus mengisi minda dengan kewangan semata-mata dalam operasional jabatan dan negara kerana minda angka kewangan di hujungnya cukai dinaikkan membebani rakyat kelak.
Sementara langkah praktikal mengendalikan dana awam dengan menghapuskan pencen wakil rakyat bagi satu penggal daripada membiayai pencen mereka seumur hidup kerana mereka tidak mengabdi tulus pada masyarakat ketika elaun lewah dan tidak jelas.
Mereka perlu ditetapkan piawaan prestasi standard sebagai sinergi upaya bekerja, jumlah rang undang-undang disahkan dan RUU keutamaan dengan aturan yang jelas. Tambahan aspirasi hari muka agar lucut status wakil rakyat yang tidak bekerja dihitung dari aspek kehadiran, RUU yang dihasilkan dan diminta rakyat, laporkan kemajuan pencapaian, cabaran secara berkala kepada rakyat kerana mereka berhak tahu apa-apa yang berlaku di DUN dan parlimen.
Prinsip asas pemimpin perlu teladani sifat terminal “ibu” yang tidak sekolah tinggi dan buta huruf malah mempunyai jumlah anak saiz kecil atau belasan tetapi upaya memberi pendidikan kepada anak-anaknya hingga menjadi pemimpin.
Mereka tidak ada pendapatan tetapi membudayakan pengeluaran dan produktiviti. Daya fikir kreatif dan kritis para ibu dalam juadah masakan, lauk pauk, bahan bakar, pakaian tidak memerlukan biaya tetapi anak-anaknya bahagia dan tumbuh membesar. Ia sinonim kepada pemimpin yang baik, iaitu tidak berfikir kekurangan anggaran kos negara tetapi melaksanakan kreativiti dan kritis melaksanakannya untuk kemajuan rakyat dan negara jauh sekali rasuah dan kronimisme.
Induksi yang menarik tentang kepincangan tadbir urus ekonomi yang terkait rasuah dan kroni berdasarkan hukum syariat kerana bersumber Quran surah Al Anfal ayat 27 tentang larangan khianat mengambil harta yang diamanah menjaganya atau rasuah adalah haram dan hadis baginda Nabi SAW diriwayat Abu Daud tentang pekerja telah dibayar gaji tapi masih curang dan khianat atau korupsi.
Rasullullah SAW bersabda jika anak baginda mencuri, dikena potong tangan oleh baginda sendiri. Tambahan Saiyidina Umar Al Khattab juga berkata jika anak dan keluarganya melanggar hukum, akan menghadapi berganda hukumannya.
Dalam Islam tiada normalisasi apapun kejahatan dan kezaliman termasuk rasuah dikenakan sanksi. Hukuman kepada perasuah ialah takzir, iaitu jenis dan kadar ditentukan hakim sama ada nasihat dan teguran jika korupsinya termasuk koruptor yang menjadi punca dikenakan hukuman setimpal sama ada kecil dan ringan seperti jumlahnya minima. Elemen hukuman lain termasuk penjara dan pengumuman di khalayak seperti rotan dan cambuk serta hukuman mati apabila kesalahan babit ratusan juta. Hukuman berat atau ringan dilihat pada tahap kejahatan dilakukan agar hukuman menjadi tauladan yang menghapuskan korupsi dalam masyarakat.
Oleh itu, beban rakyat tanggungjawab wakil rakyat agar minimum beban negara demi mencapai kemakmuran bersama.

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio @ Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 2/9/2025











