Instruktur retorik dan tokoh manual negara

Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.
- Advertisement -

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran tindakan tegas kepada penghasut kebencian dalam kalangan rakyat kerana demokrasi bukan lesen untuk memecah-belah masyarakat pelbagai agama, kaum dan budaya. Beliau menyeru rakyat mempertahankan keamanan, memperkukuh perpaduan dan melonjakkan ekonomi negara berpaksikan akhlak serta perikemanusiaan dipetik dalam ucapan beliau pada Majlis Perhimpunan Perkhidmatan Awam (MAPPA) XX di Putrajaya, pertengahan Ogos lalu.

- Advertisement -

Indah bahasa melalui diksi dan induksi menawan audien atas bicara penggunaan retorik dalam gaya bahasa Melayu, iaitu seni bahasa berkesan dalam menyampaikan idea atau memujuk khalayak sama ada lisan atau penulisan. Beliau memiliki kredibiliti manipulasi diksi retorik bukan keterampilan komunikasi kerana idea banyak dirinci dalam hasrat dan keinginan bukan kompeten pengurusan dan kecekapan tadbir urus manual negara.

Meneliti rekod lampau perdana menteri paling kompeten menduduki tampuk negara Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri ke-4 dan 7 merupakan tokoh idealisme dan manual negara yang tersohor. Duluan penulis pernah menyenaraikan kesilapan Tun dalam beberapa esei dan artikel akhbar khusus soal dasar PPSMI yang ditentang hebat kerana soal pengajaran bahasa dan pembelajaran ilmu kasus berbeza dan akhirnya dimansuhkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tun telah giat rekonstruksi rekayasa negara sama ada secara rekod arkib dan maujud serta konkrit bukan lorekan di atas canvas atau pesisir pasir pantai. Lambang dan monumen sebuah negara saingan dengan negara maju atas kiblat ‘Dasar Pandang Ke Timur’ khususnya Jepun wujudlah kota pentadbiran Putrajaya, pembangunan ekonomi dan industri berat serta perdagangan global seperti Petronas, HICOM, KLCC, Proton, Perodua dan Modenas.

Tanda aras pengangkutan dan komunikasi pula Lebuh raya PLUS, KESAS, ELITE, KLIA, Jambatan Pulau Pinang, KTM Komuter, LRT, ERL, KL Monorel dah Cyberjaya. Kesihatan diwujudkan IJN dan sukan seperti Sepang F1, Kompleks Sukan Bukit Jalil. Manakala media digital dan Multimedia seperti Super Coridor, Measat 1 dan 2. Penswastaan TNB, Telekom, Pos dan lain-lain.

Penulis menyarankan penghargaan tertinggi dan wajar diabadikan atas nama beliau dalam bentuk penamaan produk, premis dan fasiliti awam sama ada tempatan dan antarabangsa atas sumbangan dan jasa bakti pada negara dan diplomatik sekurang-kurangnya negeri SG4 yang mulakan ketika beliau masih ada hayat.

Sebaliknya rekod kepimpinan perdana menteri pasca-PRU lalu umpama ‘paku dulang paku serpih, mengata orang kalian pula yang lebih’. Tuduhan pembangkang membuat fitnah dan menipu berhari-hari tidak minta maaf malah terpalit kepadanya jua apabila berbangkit isu titah adendum.

Adendum merupakan titah bertulis daripada Yang di-Pertuan Agong memberi pengampunan Diraja kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak setelah Lembaga Pengampunan mengumumkan keputusan pengurangan hukuman dan membenarkan beliau menjalani hukuman di rumah. Kerajaan menafikan, mengatakan tiada titah itu tetapi Mahkamah Tinggi arahkan isu adendum ini dibicarakan, selepas Najib memfailkan semakan kehakiman pada Ogos 2024.

Tuduhan-tuduhan kepada para pemimpin PN sama ada PAS dan Bersatu kaki fitnah dan sakau. Kes dibawa dan dibicara di mahkamah didapati pertuduhan digugurkan kerana tiada bukti. Kes membabitkan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan projek Jana Wibawa dilepas bebas apabila SPRM menarik balik tuduhan itu.

Sebaliknya presiden UMNO membabit pertuduhan 47 kes dana Yayasan Akal Budi terkait rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram. Ia kategori jenayah tahap pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie tetapi diberikan pelepasan tanpa dibebaskan Discharge not Amounthing to Acquittal (DNAA) September 2023.

Dalam hal fitnah dan maaf dikesan menjadi latar massa hingga orang awam ikut serta seperti salah pasang bendera negara, isu komentar jelik enakmen hukuman pesalah tinggal solat di Terengganu dan pelbagai hanya dilakukan segelintir imigran yang berhalusnasi dan ilusi.

Selaku petinggi dan pembesar negara khususnya Perdana Menteri sewajarnya praktikal bawah slogan ‘Kepimpinan Melalui Teladan’. Pelbagai tuduhan dikesan bahawa beliau tidak pernah memohon maaf secara terbuka walaupun tuduhan terbukti tidak berasas di sisi SPRM.

Ini termasuk isu RM90 juta daripada UMNO kepada PAS antara tahun 2016–2017. Media antarabangsa Sarawak Report mendakwa PAS menerima dana RM90 juta daripada UMNO ketika Dato’ Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Ia menjadi modal politik Pakatan Harapan (PH) menuduh PAS menerima rasuah pada PRU14, 2018 lalu tetapi SPRM mengumumkan bahawa tiada bukti transaksi dana wujud dan PAS menyaman Sarawak Report tetapi kes diselesaikan di luar mahkamah di UK.

Bagitu juga fitnah kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin bahawa Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu telah mempertahankan pemberian subsidi bahan api kepada warga asing, dengan mengatakan mereka juga menyumbang kepada negara tetapi Muhyiddin menafikan perkara tersebut.

Kemudian beliau mengarahkan MCMC melancarkan siasatan, yang memfokuskan pada video TikTok dan menuntut bekas perdana menteri itu mohon maaf atas fitnah mendakwa kerajaan zalim dan tidak menyalurkan peruntukan kepada Kelantan serta banyak lagi dipetik dalam laporan Free Malaysia Today selepas Forum Undang-Undang Asean, Ogos lalu.

Fitnah pada PAS-PN menerima dana daripada taukeh judi oleh beberapa pimpinan PN pasca-PRU 15 tular dan heboh dalam kempen pilihan raya itu tetapi PAS menafikannya dan SPRM yang menjalankan siasatan, mendapati tiada bukti kukuh dibentangkan kepada umum.

Sementara fitnah berlegar tentang ‘PAS dakwa PH akan bergabung dengan UMNO’ sebelum PRU 15. Namun PH menafi keras dakwaan berkenaan bahawa PH akan bergabung dengan UMNO jika kalah tetapi usai PRU ke-15 Kerajaan Perpaduan dibentuk meskipun mereka menyifatkan dakwaan PAS sebelum PRU hanyalah fitnah tetapi Kerajaan Perpaduan dibentuk, dengan gabungan PH dan BN atas teraju UMNO.

Isu tentang rakaman audio perbualan telefon di antara ‘cikgu dan murid’ tahun 2021 menarik instruktur politik retorik menunjukkan suara beliau dan presiden UMNO membincangkan kerjasama politik. Mereka tetap menafikan ketulenan rakaman itu malah menyifatkannya sebagai fitnah yang direka musuh politik. Kes tidak disiasat secara forensik menimbulkan prasangka dalam masyarakat apalagi sifatnya penafian semata-mata.

Heboh pula isi saham konsortium lapangan terbang diberi kepada Black Rock sebanyak 30 peratus. DAP mencadangkan RUU ini dalam tahun 2019 ketika PH DAP dalam kerajaan. Akhirnya hilang kuasa apabila wujud gelombang hijau. Namun PH UMNO kembali dalam kerajaan Madani dan meluluskannya November 2024.

Ahli Parlimen UMNO tanpa sedar implikasi kerana ghairah merancang manual hidup seperti presiden PKR tidak guna veto dan petinggi UMNO kunci mulut termasuk isu bah kut teh dijadikan makanan pusaka Malaysia dalam negara Islam sebagai agama Persekutuan bawah fasal 3.

Penafian dan pembohongan dikesan tanpa melalui mikroskop dalam manual meraih tampuk kuasa dengan janji-janji harga minyak turun, pendidikan percuma semua peringkat, PTPTN mansuh, tiada lantikan politik dalam GLC, perasuah tidak sertai kabinet dan tiada kerjasama dengan UMNO. Lebih mengecewakan rakyat apabila janji tidak dikota seperti menghapuskan tol lebuh raya, kos sara hidup tinggi, tarif elektrik dan harga barang naik. Malah kata-kata lunak tiada kenaikan cukai SST sebaliknya cukai SST naik 8 peratus, masing-masing 10 peratus cukai LVGT, CGT dan HVGT dan cukai import juga naik.

Manakala pencen penjawat awam dimansuhkan menepati visi DAP rakan dalam kabinet Madani. Negara juga mengalami lambakan pekerja asing, dan jatuh daya saing. Ini membuat rakyat bertambah resah dan membuak-buak reaksi apabila wujud peraturan 3R tanpa akta yang menjadi undang-undang dilulus parlimen yang menjadi kelaziman mengikut rukun negara prinsip kedaulatan undang-undang sekali gus janji reformasi pentadbiran dan banteras rasuah hanya retorik.

Domain massa bagi orang Melayu melihat cadangan Akta Pembangunan Bandar (URA) mesti diteliti telus kerana pembangunan suatu kawasan sesuai dengan keperluan masyarakat dan negara. Proses pembangunan atau urbanisasi pemukiman semula dalam kawasan Melayu dan perumahan lama majoriti Melayu amat dituntut bagi mencapai status sosial ekonomi dan piawaian permukiman maju. Terutama flat-flat usang di kota dan bandar raya tetapi perlu bayaran pampasan setimpal dan binaan projek kerajaan atau komersial memberi impak tinggi kepada penduduk bukan kawasan residential mewah dan kondominium mega.

Apa lagi pihak terbabit mengambil naratif dan kesempatan memberi peluang kepada pemaju-pemaju tanpa kriteria terutama pemaju Melayu disisih untuk kawasan Melayu menggunakan URA. Dengan harga tinggi dan luar kemampuan penduduk lokal hanya mengisi imigran yang akan menguasai kawasan Melayu seperti di Kg Kerinchi kini Bangsar South yang statusnya dulu kebanyakannya “setinggan” dan tanah dimiliki oleh taukeh dan pembesar. Celik Melayu dan pelik tapi benar!

URA menggunakan contoh Hong Kong dan HDB Singapura. Malah Kerajaan Madani di bawah Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) secara jelas memiliki konsultan HDB Singapura. Dengan adanya URA pemaju-pemaju akan guna broker Melayu memujuk pemilik flat-flat atau tanah untuk setuju melepaskan hak mereka kepada syarikat pemaju dengan model bayar deposit 2 peratus daripada total nilai pampasan 1 atau 2 unit kediaman pangsapuri murah. Kemudian baki 40 hingga 8 peratus apabila pemilik setuju melepaskan hak pemilikan mereka.

Pemaju akan mencagar tanah atau kawasan berkenaan kepada bank dengan lunak pembangunan tidak meminggirkan Melayu kerana geran tetap hak milik mereka dapat mengambilnya pasca-99 tahun dilihat sifat sakau dan mencengkam pemilik. Banyak orang terpegun termasuk petinggi negara kagum dengan DAP mahukan URA dapat memperkayakan dan membantu Melayu mendapat duit dan unit-unit kediaman termasuk kondominium.

Petinggi negara, presiden parti-parti Melayu, iaitu Perdana Menteri, presiden UMNO dan Amanah serta 15-19 daripada 26 MP UMNO dalam kerajaan Madani perlu menunjuk sikap tidak mengulangi peristiwa kehilangan kawasan permukiman angkara silap perhitungan seperti Othman Wok di Singapura.

Apa jua keputusan dan akur pada agenda DAP memperlihatkan radius pemimpin Melayu aktor retorik dalam sifat lawak mempertahan agama, nusa dan kemakmuran kerana kata mesti dikota dan aksi dinilai khalayak.

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio @ Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 24/8/2025

- Advertisement -