Menteri Pendidikan gagal jawab isu buli, wajar letak jawatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Alor Setar, Ustaz Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden melahirkan rasa kesal apabila Menteri Pendidikan gagal menjawab isu buli yang semakin meruncing.

Ia jelasnya, termasuk kes membabitkan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, dalam penggulungan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, daripada 120 Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan, lebih separuh menyentuh soal Kementerian Pendidikan, khususnya isu buli yang menimbulkan keresahan rakyat, namun ia tidak diberikan perhatian sewajarnya oleh menterinya.

“Kami dapat dengar hampir kalau tak semua pun hampir saya rasa lebih daripada separuh Ahli Parlimen yang ambil bahagian ni bahas tentang isu buli khususnya isu arwah Zara Qairina dan isu buli yang banyak berlaku

“Tetapi apa yang berlaku tadi ialah Yang Berhormat Menteri Pendidikan langsung tak sentuh isu buli di sekolah. Saya bangun berdiri untuk minta ruang untuk mencelah. Tapi akhirnya dia kata masa dah tamat dia dah habis dah jawapan dia, dia pun duduk.

“Macam mana mungkin seorang menteri yang jaga sekolah yang hari ini rakyat bercakap tentang serius isu buli ni tiba-tiba dia tak jawab tak guna ruang ni untuk bercakap tentang isu yang sedang meresahkan rakyat?” soalnya dalam sidang media di Parlimen, di sini hari ini.

Afnan turut menegaskan, beliau sebelum ini sudah membawa usul di bawah Perkara 18(1) supaya isu Zara Qairina dibincangkan, namun ditolak Speaker atas alasan perkara itu boleh dijawab semasa penggulungan oleh menteri.

“KDN (Kementerian Dalam Negeri) baru ni dah bagi penerangan menteri. Okey itu kita kita ucap terima kasih. Saya tunggulah Menteri Pendidikan pula nak jawab kami pun tunggu semua ni tapi Menteri Pendidikan tak jawab itu.

“Sedangkan tadi Speaker kata Yang Berhormat Menteri perlu masa berapa minit lagi? Dia kata saya dah habis jawab. Macam mana seorang menteri yang sekarang ni orang bincang pasal isu buli melibatkan kematian tapi akhirnya dia tak jawab.

“Tak guna ruang ini untuk jawab isu yang besar yang menimbulkan keresahan rakyat. Kita cadang macam-macam kita cadang dasar kita cadang polisi, Ahli-ahli Parlimen kita bersuara contohnya cadang supaya jawatan warden tu diambil secara tetap.

“Kita nak minta dia respon isu ini. Kita bukan nak suruh dia jawab jawapan politik jawapan politik tu jawab atas pentas ceramah. Kita minta dia jawab secara jawapan profesional seorang menteri tapi dia tak guna ruang ini,” kesalnya.

Beliau turut menegur sikap Menteri Pendidikan yang disifatkan gagal menggunakan ruang perbahasan dengan baik, sedangkan ia adalah platform tertinggi untuk memberikan penjelasan kepada rakyat.

“Betul ada isu yang banyak. Tapi apalah salahnya kalau dia seorang yang prihatin terhadap isu yang sedang panas dan sedang meresahkan orang ramai khususnya ibu bapa, dia guna ruang ini yang ada ni.

“(Iaitu diberi ruang selama) 40 minit yang ada tadi diberi oleh Speaker dia guna ruang itu untuk jelaskan tentang isu buli sekurang-kurangnya rakyat dapat jawapan dan menenangkan hati dan menenangkan keadaan.

“Ini RMK Rancangan Malaysia lima tahun. Lima tahun lagi nak selesai macam mana masalah buli? Ini yang sepatutnya Menteri Pendidikan guna ruang ni itu yang kami rasa kesal hari ini petang ini,” katanya.

Menurutnya, kegagalan Menteri Pendidikan menjawab isu berkenaan membuktikan desakan rakyat agar beliau diganti adalah wajar.

“Pada pandangan kami, betullah desakan rakyat bahawa Menteri Pendidikan ini patut ditukar. Beliau wajar meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tugas serta gagal berdepan dengan Ahli Parlimen untuk menjawab soalan mengenai isu buli di Parlimen, tempat tertinggi yang rakyat pilih.

“Pada pandangan kami bila berlaku macam tu maknanya betullah desakan daripada rakyat Menteri Pendidikan patut ditukar dan dia patut letak jawatan sebab dia gagal nak menjalankan tugas sebagai menteri.

“Dan (beliau) gagal berdepan dengan Ahli Parlimen untuk menjawab soalan tentang isu buli di Parlimen tempat tertinggi yang rakyat pilih. Kami bukan bawa nada politik.

“Kami mewakili suara rakyat yang pilih yang rakyat mahukan jawapan terhadap isu buli ni dinoktahkan oleh Menteri Pendidikan tapi dia tak jawab. Itulah kekesalah kami pada petang ni. Kami tak tahulah nak tunjukkan macam mana lagi kekesalan,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/8/2025

- Advertisement -
- Advertisement -