
Israel hilang rakan dari blok negara di Eropah selepas mengumumkan rencana menduduki semua wilayah di Gaza. Negara-negara berkenaan menolak pelan sistemik Israel dan bersedia berbicara di podium PBB September kelak kerana rencana itu dilihat tindakan kejahatan manusia dan penaklukan wilayah dipetik sumber massa, iaitu Islandia, Irlandia, Luxembourg, Norwegia, Malta, Portugal dan Sepanyol termasuk Selandia Baru, Slovenia dan Jerman yang mengakui Palestin sebuah negara berdaulat.
Iran pula tidak undur dan usai dari medan perang malah tidak menyetujui gencatan senjata kerana sudah muak atas sikap Israel dianggap sombong dan aksi meluru. Iran juga tidak menghentikan program nuklear apalagi tunduk pada Israel kerana opininya solid di sisi Palestin.
Sikap konsisten Iran menyerang Israel dengan rudal balastik yang diluncurkan dari wilayah Iran menghentam kompleks pos perbatasan termasuk pangkalan tentera Udara Al Udeid yang terletak di Qatar, secara berurutan dalam tempoh hitungan minit setelah Israel kembali menduduki wilayah Gaza. Pangkalan dan pos perbatasan ranap kerana peluru berpandu Iran tidak lagi fokus kepada Israel tetapi seluruh sekutu Barat di Timur Tengah.
Ledakan pertama memusnahkan pusat komando dan menara pengawalan diikuti ledak kedua menghancurkan barak utama, iaitu premis sementara tentera dan rudal akhir menghentam depo amunisi atau bahan peledak dilihat mencipta bola api raksasa menggoncang wilayah dalam radius beberapa kilometer.
Serangan tidak lagi pada fasilitas dan kota tetapi pos utama penjagaan sempadan Israel dengan Gaza didapati 9,000 pasukan tenteranya tewas. Target di pos perbatasan kerana pusat logistik dan kordinasi tentera terbesar di Selatan Gaza. Ribuan tentera Israel di siap siaga di bahagian wilayah yang diduduki dan ditakluknya.
Pascaserangan brutal Iran terhadap pangkalan udara Al Udeid menyebabkan Amerika Syarikat (AS) delima sama ada Washington diam atau akan membalas kerana kehormatan dan kredibiliti kuasa tentera global. Reaksi balas tergesa-gesa akan memicu perang besar melibatkan banyak negara kelak.
Serangan Iran di Al Udeid bukan soal balas dendam atau tunjuk kekuatan tetapi ini suatu strategi sistematik untuk melemahkan rangkaian pertahanan AS dan sekutunya. Malahan serangan pangkalan AS di Iraq dan Suriah dengan dron dan mortal dalam skala kecil oleh kelompok tentera yang mengaku bertanggungjawab didukung Iran meskipun dinafikan keterlibatan langsung namun memperkuat dakwaan bahawa Iran sedang menggerakkan perang skala besar yang mengganggu posisi AS di Timur Tengah.
Sementara Presiden Trump telah mengadakan sua temu dengan entiti Pentagon, dewan keamanan nasional dan perwakilan intelijen merangka pelan sistematik tetapi hasil rinci tidak diumumkan kepada awam. Walau bagaimanapun dikesan pesawat tempur dan kapal induk digerakkan ke lokasi Teluk Parsia. Armada kelima di Bahrain ditingkatkan status tempurnya, sistem pertahanan udara di Timur Tengah diperhebatkan bagi menghilangkan kecurigaan bahawa Iran menjalankan strategi skala besar.
Lanjutannya Israel mula isolasi atau pengasingan dari Al Udeid membuat AS tidak fokus mendukung Israel atas faktor keselamatan pasukan dan aset tentera AS. Israel hilang momentum khusus ketika mereka masih terlibat konflik udara dan darat di beberapa barisan depan di dalaman negeri.
Tambahan Jerman secara rasmi menghentikan eksport senjata ke Israel kerana operasi brutal Israel di Gaza dilihat melanggar hukum antarabangsa. Jerman negara utama pembekal senjata yang selama ini melanjutkan perang. Dukungan Eropah kepada Israel mulai melemah apalagi pemerintah Jerman menegaskan hak asasi manusia tak boleh ditukar ganti keuntungan industri senjata. Keputusan Berlin memicu perdebatan hangat di parlimen Eropah dan Israel menghadapi tekanan besar sekutu lamanya di Barat.
Begitu juga Slovenia merupakan tempat kelahiran Melania Knauss Trump, iaitu isteri Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat (AS) menjadi negara Eropah pertama melarang perdagangan senjata ke Israel. Sejak Slovenia mengakui Palestin 2024. Negara yang banyak gereja bersejarah itu dengan tegas menetapkan larangan senjata.
Sebelumnya penguatkuasaan larangan dua menteri sayap kanan Israel masuk ke Slovenia. Konsintensi sikap dan prinsip kemanusiaan tegar dari negara pecahan Yugoslavia yang paling maju dan konsisten acap kali mengirim bantuan kemanusiaan bekalan ke Gaza dan menolak produk Israel jika produk berasal dari wilayah pemukiman Israel di tebing Barat kerana dianggap tidak ilegal yang bertentangan dengan hukum kemanusiaan antarabangsa.
Manakala Perdana Menteri Selandia Baru, Christopher Luxon pula menyebut Benjamin Netanyahu telah kehilangan akal sihat dalam penyataannya di Wellington minggu kedua Ogos dipetik dari sumber massa. Beliau dilihat menghitung peristiwa brutal dan sangat ngeri di Gaza ditolak komuniti dunia. Israel tidak mendengar seruan komunitas dunia untuk membuka sekatan di sempadan bagi bantuan kemanusiaan ke jalur Gaza.
Beliau mengecam keras rencana Israel untuk memindahkan penduduk Gaza secara paksa dan menguasai penuh Gaza ekoran pengakuan Australia terhadap negara Palestin. Selandia Baru juga akan mengumumkan pengakuan negara Palestin pada September kelak setelah Menteri Luar Negeri, Winson Peters menghebohkan bahawa isu tersebut telah dibahas di kabinetnya.

Wujud variasi pandangan awam antarabangsa dan pergeseran solidariti negara-negara Eropah apabila menyerukan gencatan senjata total dan mendorong rundingan damai. Namun AS dan Israel tidak memperlihat ke arah itu walaupun rakyat AS mengadakan unjuk rasa untuk memberi tekanan politik kerana menggelakkan tenteranya terkorban dan meninggalkan keluarga ribuan kilometer dari AS semata-mata kerana Israel.
Iran memanfaatkan momen ini dengan kekuatan dukungan dari kelompok Syiah di Iraq, Hizbullah di Lebanon dan Houthi di Yaman. Tambahan dukungan proksi politik Turkiye mula menunjukkan simpati kepada Iran yang bukan lagi bertahan tetapi upaya menyerang, menghancurkan dan mengendali perang afektif.
Dukungan Suriah juga semakin meningkat dilihat serangan rudal Iran melalui Suriah menghentam markas intelijen Israel di pusat kota Haifa. Ledakan dahsyat didengari radius belasan kilometer memusnahkan insfrastruktur strategik dan menewaskan sejumlah pegawai tinggi keamanan termasuk ketua mosad turut terkorban ketika usai memimpin beberapa jam mesyuarat tertutup yang membahas eskalasi di tebing Barat. Kemusnahan yang dikesan bangunan kaca pecah dan runtuh, kebakaran besar yang sukar dipadam berjam-jam, asap hitam tebal menyelubungi langit dan api marak dilihat di Haifa.
Israel menuju persimpangan hancur lantak sekiranya tiga negara nuklear, iaitu Iran, Pakistan dan Korea Utara turun di medan perang. Penderitaan Israel makin tak terjangka massa apabila negara Pakistan dan Korea Utara telah siap siaga ke medan perang.
Pakistan menyatakan solidariti sesama negara Islam apabila Israel menyerang Iran dengan senjata nuklear. Sasarannya ke kota Tel Aviv. Hal sama turut ditegaskan Korea Utara meskipun bukan negara muslim tetapi menyatakan dukungan kepada Iran berakar hubungan diplomatik akrab kedua-dua negara.
Oleh itu, Israel menjadi musuh dunia dan warganya ditolak serta diusir hampir semua negara kecuali AS yang masih delima. Apa jua keputusan AS akan memberi kesan global dan risiko perang terbuka tidak diabaikan kerana berdiam dilihat kelemahan AS.

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio@Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 17/8/2025











