RMK13 jangan kesamping bahasa Kebangsaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ustaz Sabri Azit (PN-Jerai) mempersoal keprihatinan kerajaan hari ini terhadap tulisan di papan tanda selain bahasa Kebangsaan, dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat lewat petang semalam.

- Advertisement -

Beliau berkata, beberapa insiden yang berlaku sebelum ini, bahasa Kebangsaan dipinggir, mengambarkan kelemahan penguatkuasaan agensi terbabit, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerusi Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959.

Menurutnya, isu tersebut dilihat tiada titik noktah apabila kejadian yang tular di media sosial baru-baru ini melibatkan seorang wanita yang didakwa diherdik oleh pegawai imigresen kerana tidak fasih berbahasa Melayu.

“Sejauh manakah kerajaan hari ini melihat isu papan tanda baik di jalan-jalan raya, di gedung-gedung perniagaan dan di bangunan-bangunan kerajaan ini dapat dipatuhi peraturan bahasa ditetapkan oleh DBP di negara ini?

“Jika masih berleluasa ejaan yang tidak mengikut citarasa bahasa Kebangsaan, apakah kerajaan memandang ringan tanpa mengambil tindakan sewajarnya pematuhan terhadap ketepatan bahasa Kebangsaan yang betul,” katanya.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jerai itu berkata lagi, bagi memperkukuhkan agenda bahasa Kebangsaan peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu diperkukuhkan dengan menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Beliau turut mencadangkan supaya entiti tersebut dapat menubuhkan Unit Penguatkuasaan Bahasa dalam seluruh PBT di negara ini, kesalahan bahasa kebangsaan dapat ditangani dengan lebih tegas dan tanpa sebarang kompromi.

Menurutnya, sekiranya gejala tersebut tidak disekat lebih awal, hasrat untuk memperkasakan lagi bahasa Kebangsaan sebagai pemangkin perpaduan rakyat majmuk di negara ini dilihat semakim suram dan pudar.

“Ini perlu dipergiatkan lagi agensi kerajaan seperti PBT mesti melihat permasalah bahasa yang tidak mengikut laras bahasa yang betul perlu dilakukan sesuai, sebarang bentuk tulisan perlu ikut SOP ditetapkan PBT.

“Tujuan asal RMK13 untuk memperkukuhkan patriotisma dan identiti, salah satu cirinya melalui bahasa Kebangsaan jadi simbol perpaduan, sebagaimana negara lain yang amat berbangga dengan bahasa mereka,” katanya. – HARAKAHDAILY 12/8/2025

- Advertisement -