
Veteran DAP Datuk Teng Chang Khim dalam hantaran di Facebooknya menuduh anjing liar kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Akmal Saleh ketika beliau mempertahankan lambang bendera Malaysia yang dipasang terbalik di sebuah sekolah jenis kebangsaan awal Ogos lalu.
Manakala di Kepala Batas, Pulau Pinang tindakan dua lelaki di sebuah kedai perkakasan dilihat memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang terbalik tular di medsos dikecam teruk oleh warganet. Malah Ketua Pemuda konon lantang dan bersemangat sudah dijangka terikat dan rencananya dibatalkan apabila Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyifatkan tindakan mengadakan protes di premis perniagaan dan mengajar mengibar bendera sebagai ‘menangguk di air keruh’ malah ironi pula sebagai pembuli.
Pemimpin DAP dilihat popular dalam kalangan penyokongnya kerana sering membela individu daripada kehormatan nilai negara. Apalagi veteran parti itu mengaitkan isu dengan perangai anjing liar, iaitu merujuk kepada Ketua Pemuda UMNO hanya cukup buat laporan polis dan aduan di unit tangkap anjing liar di majlis perbandaran daripada membuang masa.
Makna liar dalam bahasa Melayu, dengan merujuk pada keadaan dan tingkah laku manusia sinonimnya tidak teratur, tidak terkawal, atau tidak menuruti peraturan termasuk penipu atau pembohong dan tingkah laku atau disiplin buruk.
Ini induksi mengejutkan kerana pemimpin senior DAP sanggup melabel jijik terhadap Ketua Pemuda UMNO sedangkan beliau mempertahankan lambang bendera Malaysia suatu kewajipan sebagai rakyat yang taat setia pada rukun negara meskipun pelaku orang kelainan upaya (OKU).
Dalam aksi balas Ketua Pemuda dengan vokal mempalitkan perangai pemimpin itu seperti babi hutan. Beliau menambah bahawa ahli parti DAP baik orang muda mahupun dewasa malah veteran mempunyai sikap buruk. Pada hal kesalahan sekian kali terutama bulan Ogos menjelang ulang tahun kemerdekaan. Momen ini dilihat suatu perbuatan tidak patriotisme ketika merai bulan kemerdekaan melalui kibaran Jalur Gemilang di premis masing-masing.
Terdahulu Nga Kor Ming,Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan selaku ahli Parlimen Teluk Intan menggelar UMNO hanya lalat dan beliau sebagai singa.
Sementara UMNO telah tersasau jauh dari etos parti, iaitu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ yang menjadi slogan menawan rakyat khususnya masyarakat Melayu. Namun pasca-PRU 14 UMNO BN tumbang dan PRU15 gagal meneraju pemerintahan kecuali strategis licik politik presiden, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi yang keluar jalur keperluan majoriti masyarakat Melayu dan UMNO memilih bersama Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan Madani.
Pemerhati politik agak tersinggung malah menyarankan gugur nama ‘Melayu’ kerana gagal membezakan antara prinsip institusi kepresidenan dengan fungsional entiti organisasi, iaitu ahli yang mencirikan budaya dan nilai bangsa apabila wewenang DAP di tampuk Putrajaya.
DAP yang ditubuhkan pada 18 Mac 1965 mempunyai visi dan misi politik yang tinggi. Idealisme parti berakar idealogi sekular, liberal, dan sosial serta konservatisme untuk pelbagai kaum. DAP bertapak teguh dalam kalangan bukan Melayu di Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kini DAP memperoleh undi segelintir masyarakat Melayu di Pahang dan Melaka kerana bertanding menggunakan lambang PKR dan Harapan.
Meskipun PAS dominasi ahli parlimen dalam PN berbanding parti UMNO dan parti lain khusus DAP tetapi plot politik tidak meluruskan etos kredibiliti dan integriti punca kemenangan tertangguh kecuali iltizam yang tinggi kerana dalam rekod tiada pemimpin PAS yang korupsi.
Oleh itu, kasus etos kedaulatan nusa menuntut kurikulum kenegaraan menjadi pelajaran teras institusi pendidikan dan kursus kepada ahli politik di samping hukuman tegas atas kesalahan simbol negara.

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio@Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 12/8/2025











