Zalim Zionis turut mangsakan Kristian di Palestin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan bahawa tindakan penduduk Gaza hari ini bukan sahaja mewakili umat Islam, malah seluruh masyarakat antarabangsa.

- Advertisement -

Menurut beliau, kezaliman yang dilakukan oleh Zionis Israel turut mengakibatkan penganut Kristian di Palestin menjadi mangsa apabila banyak gereja dibom dan dimusnahkan oleh serangan negara haram itu.

“Kezaliman yang dilakukan oleh Zionis Israel bukan bermula pada 7 Oktober 2023, ia bermula sejak bumi Palestin dirampas daripada rakyat Palestin oleh penjajah British, kemudian diserahkan kepada Zionis untuk menubuhkan negara haram Israel pada 1948.

“Sesungguhnya, saudara-saudara kita di Palestin adalah pejuang-pejuang kemerdekaan. Kita berdiri di tanah yang penuh dengan barakah, di tempat ini negara kita mengisytiharkan kemerdekaan, insya-Allah satu hari nanti Palestin merdeka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada himpunan ‘Malaysia Bangkit Untuk Gaza’ yang berlangsung di Dataran Merdeka, di sini malam tadi.

Tambah beliau, bumi Palestin adalah milik rakyat Palestin, umat Islam, serta para pejuang yang menuntut kemerdekaan negara itu, sambil menegaskan bahawa Hamas bukanlah kumpulan pengganas.

“Mereka adalah pejuang-pejuang. Insya-Allah satu hari nanti kota akan melihat Palestin akan merdeka, Baitulmaqdis akan merdeka Masjid al-Aqsa akan merdeka dan kita semua akan melawat kota suci Baitulmaqdis dan akan solat di Masjid al-Aqsa,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/8/2025

- Advertisement -