PM, MB luang masa bertemu Amir Raja Lawak

- Advertisement -

KOTA BHARU: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud telah melawat gerai ayam goreng milik Amir Raja Lawak.

- Advertisement -

Kedua-dua pemimpin berkenaan meluangkan masa selepas Majlis Perasmian Penutupan Program Madani Rakyat 2025 Kelantan di Medan Selera Stadium Sultan Muhammad IV, di sini semalam.

Kedua pemimpin berkenaan berkesempatan menjamah ayam goreng yang diusahakan Amir hampir setahun lalu.

Amir atau nama sebenarnya, Mohamad Amirullah Azmi, 36, berkata, dia terkejut apabila luahannya untuk bertemu Perdana Menteri yang dibuat sekadar untuk mencuba nasib dan lebih kepada gurauan.

Menurutnya, tanpa apa-apa harapan, perkara mendapat perhatian pemimpin nombor satu negara itu sebelum kedatangan Perdana Menteri ke Kelantan baru-baru ini.

“Dalam luahan itu saya hanya menceritakan keadaan terkini saya dan tahu bahawa ada Program Madani Rakyat di stadium. Program itu di sebelah medan selera dan berharap Perdana Menteri singgah ke kedai saya.

“Alhamdulillah, tak sangka pulak beliau singgah. Ingatkan Perdana Menteri sahaja, tetapi Menteri Besar turut sama hadir,” katanya pada media di Medan Selera Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.

Amir berkata, dia juga tidak menyangka pemimpin nombor satu negara dan menteri besar turut singgah di restorannya dan kedua-dua pemimpin turut memberikan sedikit sumbangan tunai.

Amir ketika memberitahu Harakahdaily beberapa hari sebelum kehadiran Perdana Menteri ke Kelantan berkata, keadaan ayahnya tidak berubah dan masih menerima rawatan.

Beliau ditemui kebetulan membeli sarapan nasi lemak untuk ayahnya di Restoran Nasi Dagang Raya.

“Ayah masih sama keadaannya,” ujarnya tetap tersenyum. – HARAKAHDAILY 10/8/2025

- Advertisement -