HTA 267 KL: Jangan perlekehkan aspirasi anak muda

Balendran (tengah) ketika turut serta dalam HTA di Kuala Lumpur, Sabtu lalu
- Advertisement -

SAYA salah seorang peserta dalam Himpunan Turun Anwar (HTA) yang berlangsung baru-baru ini, dan ingin memberi sedikit gambaran dari sudut kami para peserta yang turun dengan niat ikhlas menyuarakan keresahan rakyat.

- Advertisement -

Rata-rata yang hadir dalam himpunan ini adalah anak muda boleh dikatakan lebih 60 peratus terdiri daripada golongan belia dari pelbagai latar belakang. Kehadiran ini membuktikan bahawa anak muda bukan apatis, tetapi peduli dan berani menyuarakan pandangan mereka terhadap hala tuju negara.

Namun, kami kecewa apabila Menteri KPKT mengeluarkan kenyataan bahawa lebih 20,000 kilogram sampah dikutip selepas himpunan, yang kononnya dihadiri 18,000 orang mengikut angka rasmi PDRM.

Tuduhan ini langsung tidak masuk akal. Logikkah setiap peserta membuang 1.2 kg sampah dalam masa hanya tiga jam? Kenyataan sebegini bukan sahaja tidak berasas, malah cuba memburukkan imej anak muda yang hadir dengan aman dan penuh tanggungjawab.

Tambahan pula, pasukan anggota Jabatan Amal telah membersihkan kawasan sekitar selepas himpunan malah terdapat gambar bukti yang menunjukkan kerja pembersihan dilakukan dengan teratur. Tuduhan ini seolah-olah cuba menggambarkan anak muda Malaysia sebagai tiada kesedaran sivik, satu naratif yang tidak adil dan memperlekehkan semangat mereka yang turun dengan penuh tertib dan aman.

Sebagai rakyat yang prihatin, kami mengharapkan pemimpin negara tidak merendahkan suara anak muda dengan sindiran atau data yang diragui. Jika benar mahu membina negara, dengarlah suara generasi pelapis dengan hati terbuka, bukan dengan memperlekeh atau memanipulasi fakta.

BALENDRAN BALASUBRAMANIAM
Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) – HARAKAHDAILY 1/8/2025

- Advertisement -