Operasi layang-layang Palestin multipoint perang Iran-Israel

- Advertisement -

RAKYAT Gaza dalam penjara waktu dan kegelapan malam kerana ketiadaan elektrik, bahan bakar dan kehabisan air serta makanan bertahun-tahun. Namun penduduk Gaza tidak mengenal makna putus harapan malah cerdas hanya dengan akal merekayasa sejenis permainan layang-layang yang duluan mainan kanak-kanak dan pesta budaya sahaja.

- Advertisement -

Warga yang cerdas akal telah mengolah layang-layang menjadi senjata angin hasil inovatif pemuda yang bernama Amir Khalid, 25, bersama teman-teman akrab menepati hadis Nabi Muhammad SAW, iaitu intipati sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.

Mereka merupakan mahasiswa teknik, bekas mekanik bengkel dan tukang layang-layang bukan tentera. Rencananya dianggap luar nalar dalam sejarah perlawanan dengan Zionis Israel di Gaza. Mereka sedar tanpa senjata dan dihalang ke lokasi Zionis di Tel Aviv tetapi tetap upaya menembusi langit dengan layang-layang angin.

Operasi langit terbuka dengan mengkaji waktu arah angin dan muatan bahan bakar kurang 100 gram pada layang-layang yang diperbuat daripada buluh nipis dan botol plastik terpakai serta sistem sumbu waktu 30 minit untuk tiba ke lokasi strategik khusus di Tel Aviv, Israel. Ini suatu perkhabaran pada dunia bahawa rakyat Palestin tidak buntu sebaliknya cerdas dalam perlawanan dengan Zionis Israel.

Mereka terdiri kelompok belia dan pradewasa bekerja di lokasi rahsia yang jauh dari pengawasan dron. Penghasilan layang-layang bertema warna Palestin dilihat layang-layang kanak-kanak tanpa curiga apabila melayang di udara.

Namun layang-layang disasar tiba ke pencawang elektrik dan menara komunikasi malah jalan raya utama dalam jalur sistem sumbu waktu yang tidak mencederakan dan melukakan mangsa tetapi melumpuhkan sistem fasilitas Israel.

Meskipun tiada sistem senjata canggih tetapi etos keberanian dan akal yang tidak pernah dijajah kerana kuat pegangan pada al-Quran dan tidak pernah keluar dari garis saf lurus. Israel menghadapi kehancuran atas perbuatannya yang merosakan lingkungan dan peradaban sebagai manusia yang bertata susila mulia dan berakal waras.

Kepercayaan yang berakar pada tauhid menyatakan bahawa dua daripada tiga janji Allah dalam al-Quran sudah terpenuhi dan yang ketiga dalam jalur waktu Israel akan hancur rawa.

Petikan dalam surah Al-Isra’ ayat 4 tentang kerosakan dan kesombongan Bani Israel dan ayat 5 pula hukuman kepada mereka apabila Allah mengirimkan hamba-Nya untuk menghancurkan dan mengusirnya ke seluruh dunia. Penegasan janji itu telah berlaku dulu dan yang kedua dalam surah yang sama ayat 6 bahawa Allah mengizinkan kebangkitan seketika kaum Yahudi.

Ini dapat dilihat kekuatan ekonomi, politik dan kelompok Yahudi lebih besar tetapi janji ketiga kehancuran kaum Yahudi total dalam Surah Al-Isra’ ayat 7 sedang berlangsung kini malah disebut sendiri petinggi Israel bahawa negaranya menuju kehancuran.

Pengeboman oleh Iran dan Suriah bukan semata-mata di markas rahsia dan pangkalan udara tentera, pencawang atau instalasi elektrik dan teknikal tentera tetapi gudang penyimpanan makanan utama. Sebanyak 12 premis gudang telah hangus total, ratusan truk logistik dan sistem khidmat pengiriman produk turut musnah.

Daya hancur luar biasa dilihat pada kemusnahan gudang dan premis stok bekalan makanan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah moden dan rekod perang dunia atas sasaran dan lokasi berkenaan.

Tambahan dihitung massa 10 juta warga awam di ambang kelaparan tetapi dunia terdiam apabila Iran meluncurkan puluhan ribu rudal hypersonik Zarqa 89 dari pelbagai titik. Sasaran dipilih secara signifikan kerana jaringan gudang Israel tempat ribuan ton stok bahan makanan untuk dikirim ke seluruh negeri.

Setiap rudal diarahkan kepada satu gudang logistik strategik di pelbagai titik vital atau penting tersebar dari persisiran selatan hingga dataran tengah, dan kawasan industri hingga ke pusat sistem khidmat pos nasional.

Sementara serangan dari Iran berlaku serentak menggunakan taktik multipoint sasaran voli dengan rudal dilancar dari pelbagai lokasi pada jeda waktu berhemat dan presisi atau ketelitian dalam konteks Israel ketahuan rudal melalui radarnya. Taktik ini suatu aksi dan pengukuran reaksi untuk menghindari deteksi atau keberadaan radar malah mengganggu atau mengecoh sistem pertahanan udara Israel.

Malahan pelengkap strategi perang apabila Iran menembak rudal umpan pengacak elektromagnet yang dapat mengganggu Iron dome dan david sling lumpuh total. Jeda waktu yang sangat singkat dihitung minit akan mengubah seluruh landskap logistik Israel selamanya.

Serangan mega oleh Iran dan Suriah pula telah menghancurkan fasiliti raksasa awam termasuk 13 empangan utama yang menyebabkan banjir badang di seluruh wilayah Israel. Laporan media massa mencatat 20 juta penduduk terjejas suatu bencana kemanusiaan terbesar dekad ini.

Warga lokal pula yang terjejas teruk akibat banjir badang telah merosakkan ekosistem kota, pencemaran dan bauan busuk terhasil pereputan bahan sisa dan kumbahan di kota Tel Aviv. Malahan pemukim Zionis terdedah aneka penyakit bawaan air banjir kerana pengelolaan infrastruktur tidak sistematik dan durasi perang tiada titiknya.

Oleh itu perbuatan baik atau jahat untuk diri masing-masing tetapi saat hukuman atas kejahatan akan membinasakan baik petinggi negara mahupun rakyat jelata kerana hidup signifikan sebagai manusia perlu memelihara akal dan peradaban.

Dr Zulkeflee Yaacob

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio@Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 30/7/2025

- Advertisement -