Iran obor umat ketika negara Muslim diam

- Advertisement -

DUNIA Islam agak membisu apabila rakyat Palestin dianggap tikus hina yang dibasmi habis-habisan oleh Israel. Di balik kebisuan itu tampil satu suara keadilan yang bangkit dan menolak tunduk tetapi membongkar muncung senjata dari keruntuhan total.

- Advertisement -

Iran bangkit dengan harga diri yang tidak boleh dibayar dan menyusun rencana tentera menghadapi perang jilid kedua yang jauh membinasakan.

Meskipun perang 12 hari telah mengorbankan nyawa dan merosakkan fasiliti awam tetapi keraguan gencatan yang rapuh wadah Iran membuat persiapan rudal tempur besar-besaran dan kunjungan diplomatik ke China variasi baharu menghadapi perang Israel-Iran dalam tempoh panjang.

Amerika Syarikat (AS)-Israel tidak dipercayai sedikitpun kerana catatan sejarah dikesan mereka membuat adu domba dan fitnah agar negara Islam musnah dan hancur.

Malahan AS dan Israel bersedia menyerang Iran bila-bila masa kerana dakwaannya berhasil memusnahkan fasilitas nuklear Iran tetapi fakta-fakta terbaharu termasuk laporan intelijen telah bocor ke media termasuk Washington Post dan Reuters menyebut kerosakan tapak nuklear Iran kecil sekali dan masih utuh.

Tambahan pejabat Iran menafikannya dan mengupaya mengaktifkan semula nuklear kerana pengeboman pesawat B2 AS tidak menghancurkan pusat pengayaan nuklear seperti dilaporkan CNN. Ini suatu ukuran massa bahawa potensi meledaknya perang skala besar kelak.

Iran bersiap bangkit dengan harga diri ketika masyarakat dunia menahan nafas kepedihan namun muncul harapan dari kepahitan dan derita yang melingkar dunia Islam. Puluhan tahun stigma pahit, merobek dan kehinaan kepada Muslim dunia.

Penindasan yang sistematik dan perlawanan dipatahkan di dunia Islam. Umat Islam dunia menjadi saksi bisu hanya melihat anak-anak Gaza terkubur di bawah puing batu dan besi ketika jet tempur canggih meraung di angkasa tidak tersentuh oleh keadilan.

Kita melihat Iran diancam, disangsikan dan disisih dari aksi kegiatan diplomatik, sosialisasi dan ekonomi malah dicap sifat buruk dan keji hanya atas keberanian mereka yang tidak tunduk pada kelingking berkait.

Muslim global diawasi seolah bom berjalan dan dihukum hanya mempertahankan martabatnya dan paling melukai keheningan dunia apabila banyak negara Islam di dunia yang bungkam atau tidak bersuara malah lebih parah berdiri bersama para penindasan.

Inilah wajah dunia hari ini yang merealisasikan betapa lunaknya rudal dan propaganda bahkan dunia lebih takut pada kemerdekaan Islam daripada penjajahan yang realistik.

Warga dunia amat arif tentang konflik Iran-Israel tidak berakhir apatah lagi Iran sedang bersiap siaga menghadapi perang jilid kedua dengan menambah stok rudal dan membeli jet tempur J10C kerana Iran hanya menggunakan 5 peratus kekuatan pada perang lalu.

Iran merencana perang berikutnya bagai badai besar dengan fasiliti nuklear diaktifkan, diplomatik gagal dan rudal diluncurkan bagai mercun pada hari kebesaran. Perang besar bukan lagi soal logistik tetapi banyak nyawa terkorban.

Dari sudut lain masyarakat dunia masih menyimpan harapan perdamaian kerana kemenangan perang hanya meninggalkan kerosakan manual teruk dan hilang nyawa di pihak masing-masing dengan anak-anak kacau bilau ditinggal ibu bapa dan kota-kota tinggal runtuhan skala besar.

Sementara Iran-Israel masing-masing bersiap perang babak berikut namun dunia sedang berusaha menghalangnya kerana konflik berhenti bukan kehabisan rudal tetapi kebijaksanaan menang atas iltizam diplomasi bukan kelemahan dan rundingan damai bukan tanda menyerah.

Justeru, kekuatan sejati pemimpin negara diuji antara kehancuran atau penyelamatan antara rakyat dan perdamaian meskipun amat rapuh tetapi sangat berharga dalam memicu peradaban sebagai manusia.

Dunia menahan nafas dan banyak pihak berharap mereka di tampuk konflik mendengar suara rakyat sama ada masyarakat dunia mahupun warga lokal yang ingin hidup tanpa ketakutan agar badai ini tidak berlanjut dan elak perang jilid kedua kerana dalam perang tiada solusi kemenangan tetapi tersisa puing batu dan besi, darah rawa dan tersisa nama.

Sejarah mencatat rekod bahawa Iran dalam kesenyapan yang panjang kini berdiri tegak dan tidak lagi bersembunyi di balik bayang-bayang.

Iran bangkit di medan perang global bukan reaksi emosional tetapi langkah strategik yang penuh rencana ketika bertindak dan beraksi di mana-mana medan. Dengan bahasa yang mudah difahami Iran kesiapan total menghadapi musuh di lapangan.

AS dan Israel makin gelisah kerana Iran duluan mudah ditakluki tetapi kini mereka kehilangan dan kegagalan menawan Iran malah kerugian fakta dan reputasi buruk apalagi Iran dapat menjalin diplomatik akrab dengan China sekali gus uniteralisasi Barat menuju keruntuhan.

Iran membawa mesej moral yang mendalam kerana Islam mengajar tauladan kehormatan yang layak diperjuangkan tentang nusa, nyawa, nasab dan tauhid. Muslim bukan budak sistem global tetapi penegak dan pewaris nilai leluhur para nabi dan dalam misi perlawanan masih tersimpan harga diri yang tak bisa dibeli oleh kekuatan apapun.

Momen sebuah bangsa berdiri mempertahankan martabatnya, atas etos kemanusiaan yang tidak akan padam. Kebangkitan tulen bukan hanya menentang musuh dengan senjata tetapi Islam mengajarkan kemenangan hakiki apabila menjaga etos kemanusiaan.

Meskipun ibu-ibu dan wanita mendombakan perdamaian, anak-anak inginkan bersekolah, dan rakyat ingin hidup normal menjadi pusat perhatian utama di tengah kebencian. Ajaran Islam mencegah tumpah darah atau pembunuhan sebaiknya lebih mulia memaafkan daripada membalas dendam.

Muslim tidak menanti kehancuran melainkan keadilan mesti ditegakkan. Jauh sekali memuja rudal dan tiada siapapun menyelamatkan manusia pada hari perhitungan di akhirat tetapi rahmat Allah kerana kita dididik bahawa perang terakhir tidak terjadi di padang pasir atau di langit melainkan hari pembalasan kelak.

Tanggungjawab muslim sebagai pembawa nilai bukan senjata maka jadilah suara kemanusiaan bukan suara kemarahan kerana dunia tidak berubah atas tujuan perang tetapi nilai-nilai luhur yang dijunjung tinggi. Muslim perlu sedar dan kembali kepada tauhid tulen mampu menjadi obor dari kegelapan pascazaman digital.

Kebangkitan hakiki mesti berakar pada nurani muslim dunia pewaris kenabian bukan Iran dan umatnya melepaskan dendam semata-mata atau pengekor kekuatan dunia.

Oleh itu, kebangkitan Iran bukan ukuran sesiapa kuat dalam kalangan negara Muslim tetapi obor umat atau pembakar dunia yang perlu mempersiap menghadapi konsekuensi ini.

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio @ Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 24/7/2025

- Advertisement -