Penipuan iklan meningkat: Pantau platform digital

Siti Zailah Mohd Yusoff
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa bertindak tegas membendung penipuan dalam talian, khususnya berkaitan iklan palsu yang semakin berleluasa di media sosial, gesa Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang).

- Advertisement -

Beliau mempersoalkan sejauh mana usaha kementerian dalam meningkatkan literasi digital pengguna serta pemantauan terhadap iklan-iklan scam yang tular di platform digital.

“Memandangkan ramai menjadi mangsa terhadap ‘scam’ (penipuan) ini, apakah inisiatif yang telah dibuat oleh kementerian terutama dari segi literasi digital?

“Apakah amaran keselamatan yang sedang dilaksanakan untuk mengukuhkan keupayaan pengguna dalam mengenal pasti iklan palsu bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa?

“Sejauh mana pemantauan terhadap iklan ‘scam’ yang tular di semua platform sosial ini dan bilakah akta ini akan berkuatkuasa sepenuhnya sebagaimana yang terkandung,” soalnya.

Beliau mengutarakan isu itu ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengakui bahawa, sekadar menurunkan iklan penipuan adalah tidak mencukupi, sebaliknya penyedia platform juga perlu dipertanggungjawabkan.

“Memang kita akui penurunan iklan yang berunsur penipuan ini
sebenarnya tidak mencukupi kerana yang lebih penting
ialah mewajibkan penyedia platform untuk melaksanakan
tapisan yang lebih ketat sebelum membenarkan sesuatu iklan disiarkan di platform mereka,” katanya.

Sebelum itu, beliau menjawab soalan Chong Chieng Jen (PH-Stampin) yang meminta Menteri Komunikasi menyatakan media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan Xiaohongshu .

Kebanyakannya menerbitkan iklan mengenai pelbagai ‘scam’ dan skim pelaburan penipuan dipertanggungjawabkan terhadap mangsa-mangsa ‘scam’ dan skim penipuan terbabit. – HARAKAHDAILY 23/7/2025

- Advertisement -