Malaysia semakin tidak dihormati bawah PM kini

- Advertisement -

ALOR SETAR: Malaysia daripada sebuah negara yang dihormati hasil legasi kepimpinan negarawan ulung iaitu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri selepas-selepasnya, tetapi di bawah Perdana Menteri sekarang menjadi sebaliknya.

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, Malaysia kini dipimpin oleh seorang yang telah merosakkan imej negara, bukan hanya rakyat dalam negara tidak lagi mahu mendengarnya, malah dunia sudah tidak lagi mempercayai beliau.

“Ini akan merosakkan negara kita. Ini akan menyebabkan negara kita tidak lagi dihormati,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Larut dalam pidato Himpunan Mandat Negarawan di Stadium Suka Menanti, di sini sebentar tadi.

Serunya, rakyat mesti hadir beramai-ramai ke Himpunan Turun Anwar pada 26 Julai nanti di Kuala Lumpur sebagai menunjukkan suara yang sudah tidak tahan lagi dengan segala tabiat dan cara mereka memerintah secara merosakkan negara.

“Hari ini negara kita makin lama makin besar hutangnya. Ketika ini negara kita menghadapi cabaran yang paling besar. Kerana isu kehakiman hari ni, bukan hanya rakyat mempersoalkannya.

“Tetapi dunia mempersoalkan apakah sistem kehakiman dalam negara kita ini sudah tidak lagi dihormati oleh rakyat yang ada dalam negara ini. Ini akan menyebabkan
negara ini akan menjadi sebuah negara yang tidak lagi dipercayai oleh orang luar.

“Sebab itu rakyat harus bangkit. Sebab itu rakyat harus bersuara. Sebab itu pada 26 Julai ini kita buktikan bahawa rakyat Malaysia sama ada Melayu, Cina, India, apa kaum sekalipun bangkit bersuara,” ujarnya.

Katanya, Perikatan Nasional (PN) menawarkan kepimpinan yang ikhlas untuk negara ini bersama barisan kepimpinan seperti ada pada ketika ini. – HARAKAHDAILY 17/7/2025

- Advertisement -
- Advertisement -