Tiada pengumuman lebih besar kecuali Anwar letak jawatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengumuman besar yang bakal dibuat Perdana Menteri tidak membawa sebarang erti melainkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan, demikian kata Ketua Penerangan PAS Pusat.

- Advertisement -

Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, kerajaan hari ini diselubungi pelbagai isu termasuk pertikaian integriti kehakiman negara, kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan sebagainya.

“Satu pengumuman besar hadiah untuk rakyat akan diisytiharkan, tiada pengumuman paling besar dan berharga sekarang kecuali PMX letak jawatan,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bakal membuat pengumuman besar sebagai penghargaan luar biasa untuk rakyat ketika desakan tersebut semakin memuncak.

Perkara yang dimaklumkan menerusi hantaran Facebook Anwar Ibrahim pada semalam itu, bagaimana pun tidak dijelaskan secara terperinci maksud sebenar hasrat tersebut dilakukan.

Malah PAS dan Perikatan Nasional (PN) bakal menganjurkan ‘Himpunan Selamatkan Malaysia: Turun Anwar’ yang dijangka diadakan pada Sabtu 26 Julai di Ibu Negara, Kuala Lumpur.

Kerahan penyokong PN sedang giat digerakkan seluruh negara bagi menghadiri himpunan untuk menyatakan menyatakan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kelemahan dan kegagalan kerajaan hari ini.

Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya mensasarkan penyertaan lebih 50,000 rakyat dari pelbagai lapisan masyarat termasuk latar belakang fahaman politik. – HARAKAHDAILY 15/7/2025

- Advertisement -